PRK Penanti : Siapakah Sebenarnya Yang Telah Mendapat Sokongan Majoriti Rakyat !!

Ramai yang terkejut dengan keputusan Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, Fairus Khairuddin meletakkan jawatannya hari. Ada yang tertanya-tanya, apakah beliau dibayar dan mendapat habuan jutaan ringgit daripada pihak-pihak tertentu?. Atau apakah beliau akan menyertai parti UMNO kerana semakan database mendapati beliau masih merupakan ahli UMNO yang sah biarpun sudah lebih 10 tahun bersama Parti Keadilan Rakyat sebenarnya. Apakah impaknya keputusan Fairus terhadap senario politik negara sekarang ini?. Ramai pemerhati melihat keputusan beliau itu adalah"tepat" pada masanya. Ini kerana selepas tewas dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, ada pemimpin UMNO dan BN yang mempertikaikan kemenangan Pakatan Rakyat. Kononnya PAS dan PKR menang kerana rakyat belum menerima arus perubahan yang akan dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu. Tambahnya ini kerana ketika itu Najib baru bergelar Perdan Menteri dan belum sempat berbuat apa-apa untuk menenangi hati rakyat. Walhal ketika itu, Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah turun berkempen"sakan" kononnya BN akan menang besar kerana kemasukan semula Mahathir ke dalam UMNO bakal menarik lebih ramai bekas ahli UMNO kembali kepada parti "karat" itu. Malah Najib juga telah membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta memgembalikan semula permit akhbar Pakatan Rakyat, Suara Keadilan dan Harakah. Itu pun mereka kemudian akhirnya ditolak jua oleh sekalian hamba rakyat.


Namun, ternyata mereka hampa dan malu apabila BN tewas dengan majoriti yang lebih besar. Mereka hanya menang di 
DUN Batang Ai, Sarawak itupun dengan tindakan dan bantuan SPR apabila tidak membuat kiraan di tempat mengundi sebaliknya kertas undi diterbangkan ke pusat penjumlahan undi dengan menggunakan helikopter. Malah, SPR juga tidak membenarkan wakil calon PKR untuk menaiki helikopter ke pusat penjumlahan undi. Akhirnya BN menang disana walau pun di atas kertas mereka sepatutnya juga "terlingkup" di Bumi Kenyalang itu. Sokongan rakyat jelas memihak kepada pembangkang walau dimana juga kita berada kini. Justeru itulah ada yang mengatakan tunggu Perdana Menteri membuat agenda dan "reform" yang dimaksudkan barulah rakyat akan menyokong BN. Dan kini, masanya sudah pun tiba untuk mereka mengotakan kata-kata itu. Perdana Menteri sudah membentuk kabinet baru yang dikatakan "kabinet rakyat". Malah, Najib juga telah memaklumkan agenda "One Malaysia" kononnya rakyat akan diutamakan dalam apa juga perancangan pembangunan. Bahkan Perdana Menteri juga mahukan supaya suara rakyat didengari serta diberi perhatian yang khusus dalam rangka beliau memastikan mereka kembali menyokong Kerajaan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Justeru itu, apa yang mahu ditakutkan sekarang?. Ramai pemimpin UMNO dan BN mengatakan keputusan Fairus meletakkan jawatan dan menyebabkan berlakunya pilihanraya kecil adalah satu strategi 
Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meraih populariti. Bahkan berbagai-bagai tohmahan lagi yang dibuat terhadap Pakatan Rakyat tentang isu ini. Soalnya sekarang, Fairus telah dituduh dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan satu kes rasuah. Atas dasar ketelusan dan tanggungjawab, maka adalah wajar Fairus melepaskan jawatannya. Bayangkan bagaimana akan terjadi bila beliau didakwa atau didapati bersalah nanti?. Bukankan ini akan menyebabkan satu pilihanraya kecil juga pasti akan berlaku sebenarnya. Sikap tanggungjawab ini tidak terdapat pada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Lihat sahaja pemimpin mereka, biarpun sudah sah-sah didapati bersalah dengan rasuah "politik wang", tetapi mereka masih lagi mahu mempertahankan jawatan dan bergelar wakil rakyat seperti Ali Rustam, Khairy Jamaluddin dan terbaru di Sabah iaitu ADUN Usukan, Japlin Akin. Kesemua mereka tidak mahu melepaskan jawatan biarpun sudah didapati bersalah. Itu belum termasuk kes yang melibatkan dua bekas Exco dan ADUN PKR di Perak yang kini menyokong UMNO dan BN dulu. Biarpun mereka disiasat oleh SPRM atas kes rasuah, tetapi masih mahu kekalkan jawatan akhirnya menyokong BN. Maka, kini kes itu nampaknya "senyap sunyi" seolah-olah ada perjanjian bila sokong UMNO dan BN, kes mereka akan diselesaikan secara "runding terus".

[Maka itu, usahlah terlalu takut dengan pilihanraya kecil yang menanti di Penanti. Jika UMNO dan BN benar-benar "anak jantan", ayuh buktikan kata-kata mereka bahawa kini rakyat sudah menyokong Barisan Nasional selepas Perdana Menteri membuat perubahan terhadap dasar dan hala tuju kerajaan. Jangan terlalu takut dan gentar dengan suara rakyat jika benar kabinet yang dibentuk oleh Perdana Menteri adalah "kabinet rakyat".Buktikan sekarang apakah rakyat sudah tersilap membuat perhitungan semasa di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dulu. Kononnya mereka termakan dan terpedaya dengan dakyah sonsang parti pembangkang. Inilah masanya kita mahu melihat pertarungan sebenar dan menyaksikan apakah "Suara Rakyat" itu adalah "Suara Keramat" seperti yang diwar-warkan selama ini. Inilah masanya juga kita mahu lihat Najib atau Anwar yang oleh diterima majoriti rakyat sebenarnya].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan