Sultan Perak Mengundang Penderhaka Menghadiri Ulang Tahun Keputeraan Baginda

Nizar bukan menghadap, dijemput Sultan Perak

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas.

Bekas Menteri Besar itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak. 

-mstar.com.my-  

Terdedah sudah  pembohongan puak-puak Umno/BN yang menuduh Nizar sebagai penderhaka tetapi boleh mendapat jemputan untuk menghadiri majlis diRaja. 

Jemputan tersebut sebenarnya amat istimewa bagi Nizar dan Pakatan Rakyat.Ini menunjukan bahawa segala tohmahan dan tuduhan Umno/BN bahawa Nizar seorang yang derhaka adalah tidak benar.Jemputan Tuanku Sultan jelas menafikan segala tohmahan ‘derhaka’ Umno/BN selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan