Tajol Rosli, UMNO Grik Dan Pil Ecstacy


UMNO Grik Edar Pil Ecstacy, Tajol Rosli Perlu Jelaskan..

Ibnu Hasyim Catatan Santai


PAGI ini saya buka e-mail saya, terdapat berita ini..


Jumaat lepas (10/4)…empat orang Ahli Pemuda Umno Bahagian Grik telah ditangkap oleh polis Thailand di Betong kerana mengedar pil Ecstacy. Dua daripada mereka merupakan AJK Pemuda Umno Grik manakala dua lagi merupakan ahli biasa.Mereka ditangkap dipekan BetongThailand dan ditahan disebuah lokap polis dipekan tersebut.

Pada hari Ahad minggu lepas iaitu pada12/4/09 , Ketua Umno Bahagian Grik, DS Tajol Rosli bersama dengan Ketua Penerangan Umno Bahagian telah pergi ke Balai Polis Betong untuk berusaha membebaskan pemuda-pemuda tersebut. Sejumlah wang diperlukan untuk membebaaskan pemuda-pemuda tersebut dan Tajol Rosli telah membayar sejumlah RM60,000.00 bagi mendapatkan pembebasan mereka.

Menurut sumber-sumber dari mereka yang bertugas di IPD Grik, kegiatan pemuda-pemuda Umno menyeludup pil Ecstacy dengan menggunakan van Umno bahagian telah lama dipantau, tetapi disebabkan kekebalan Umno dalam melanggar undang-undang menyebabkan tiada siapa yang berani mengambil tindakan. Maka dengan itu..polis Grik telah bertindak untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada rakan mereka di Thailand. -sumber berita dari:Rambo

Nampaknya, demi menjaga kehormatan dan nama baik UMNO, Ketua UMNO Bahagian Grik, DS Tajol Rosli kena jelaskan segera, sekurang-kurangnya menafikan berita ini, kalau benar-benar tidak berlaku.

http://www.ibnuhasyim.com/

1 ulasan:

  1. Benda2 mcm nie patutnya tak berlaku.. Biaq pi depa kena lokap kat sana. Buat malu negara sja.

    BalasPadam