Buat sidang sendiri, Adun BN usul pecat Sivakumar

Wan Nordin & Azamin Amin 
IPOH, 7 Mei (Hrkh) -
 Suasana di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menjadi kacau-bilau apabila Adun-adun daripada BN merampas kuasa speaker sedia ada.

Dalam perkembangan terkini, Speaker Dun, S Sivakumar telah mengarahkan tujuh Adun termasuk Menteri Besar BN, Dato' Seri Zambry untuk keluar daripada sidang Dun.

Suasana menjadi kalut apabila wakil rakyat BN membantah dan berlaku pertengkaran antara Adun BN dan Pakatan Rakyat.

Demikian kata Adun Teja, Cang Lih Kang yang menyertai sidang Dun bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain di dewan yang sama.

Sidang bersingan yang dibuat BN kata Lih Kang telah mengemukakan usul melucutkan kedudukan Sivakumar selaku Speaker, sementara menggantikan dengan S.Ganeson dari MIC.

"Mereka bersidang dalam satu bulatan tanpa hiraukan Speaker Sivakumar, persidangan haram itu luluskan usul lucut Sivakumar sebagai speaker," kata Lih Kang yang menghantar smsmnya kepada Harakahdaily.

Sebelum itu, Sivakumar telah arahkan Adun Pangkor, Dato' Zambry Abdul Kadir dan enam exconya keluar dewan, namun mereka enggan dan speaker juga tidak mahu melulakan sidang selagi mereka tak patuhi arahan.

Di luar dewan, keadaan kelam kabut masih berterusan dengan pihak polis akan menangkap sesiapa sahaja yang berada pada jarak 500 meter radisu dari Dun Perak.

Kelihatan ramai polis berpakaian preman menunggu di setiap penjuru kawasan sekitar Padang Hoki dan sekitar Sekolah menengang St Micheal dan Masjid India.

Turut kelihatan polis menghalau orang ramai yang berjalan kaki, tindakan polis itu menimbulkan kemarahan para peniaga yang berniaga sekitar kawasan itu.

Suasana juga kecoh di sekitar bulatan Taman Seenivasagam apabila beberapa pemandu turun dari kenderaan untuk membuat bantahan kepada polis yang menghalang laluan.

Seorang wanita meminta polis membenarkan beliau masuk ke laluan yang ditutup berikutan ada urusan pejabatnya di sekitar kawasan tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan