SHAH ALAM, 12 Mei (Hrkh) - Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Selangor akan mengadakan ceraman perdana 'Krisis Perak, Demokrasi Tercabar' di Stadium Melawati pada Sabtu 16 Mei ini. Ceramah besar-besaran itu bertujuan memberi penerangan mutakhir berhubung situasi di Perak terutama selepas rampasan kuasa di Perak. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin, Speaker Sivakumar merupakan penceramah istemewa pada malam itu. Turut berceramah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, Gobala Khrishnan (KeADILan) dan Ronnie Liu (DAP). JPN Selangor mengharapkan kupasan krisis Perak ini mampu memberi iktibar serta pengajaran kepada seluruh pendukong Pakatan Rakyat untuk tidak alpa dengan setiap permainan musuh BN, serta diberi kekuatan mental dan strategi yang amat kukuh di dalam memerintah 5 negeri pada masa ini. Sebarang pertanyaan untuk tempahan gerai pada malam itu hubungi Firdaus 019-3885792 atau Khairul 012-6519014. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan