Dasar "Satu Ahli Satu Undi" Atasi Gejala Politik Wang

Parti KeADILan Rakyat menjadi perintis kepada hala tuju parti-parti politik di Asia, apabila bertindak meminda Perlembagaan Parti untuk melaksanakan dasar “Setiap Ahli Satu Undi”, menggantikan sistem perwakilan dalam pemilihan pimpinan tertinggi.

Pindaan yang akan dibuat semasa Kongres Nasional Khas Jun ini,bertujuan memberi peluang kepada setiap ahli untuk melibatkan diri dalam proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat Parti yang menentukan jatuh bangun parti mereka di masa hadapan.

Dasar baru yang dilaksanakan ini diharap dapat mengekang gejala politik wang dalam PKR dan pada masa yang sama memberi ruang kepada muka- muka baru untuk turut serta berjuang di barisan hadapan.

Antara perubahan lain yang dirangka adalah :-

- Had tempoh seseorang pemimpin memegang sesuatu jawatan hendaklah tidak melebihi 3 penggal.

- Melaksanakan penglibatan minima 30 peratus wanita di semua peringkat kepimpinan.

- Tatacara pemilihan dan perlantikan pemimpin dikemaskini agar lebih telus.

- Fasal- fasal berkaitan jati diri dan disiplin ahli diperketatkan.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan