Kerajaan Negeri Perak Lumpuh Jika Tak Bubar DUN

Dr Raja Ahmad Al-Hiss  

Kenyataan Media (20 Mei 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menjangkakan keengganan Umno / Barisan Nasional (BN) Perak tidak ingin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak atas alasan mengelak dari pembaziran wang rakyat adalah merupakan satu alasan yang sangat dangkal dan tidak munasabah.

DPPN Pk melihat, berdasarkan kos perbelanjaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai meningkat adalah kerana berlaku kos yang tidak wajar amat jelas kelihatan telah berlaku pembaziran.

DPPN Pk khuatir seandainya sumber kewangan Kerajaan Negeri hampir lumpuh kerana pelabur takut untuk melabur di Negeri Perak akibat krisis yang sedang berlaku sudah berlarutan perlu kepada tindakan segera untuk diselamatkan.

DPPN Pk percaya akibat tindak tanduk Umno / BN ini akan merugikan perkembangan ekonomi Kerajaan Negeri dan juga rakyat Negeri Perak yang sudah pasti dengan kegawatan ekonomi yang sedang melanda ini menambahkan lagi beban yang amat merumitkan rakyat seluruhnya.

DPPN Pk justeru mengiatkan dan mendesak supaya kuasa menentukan kembali Kerajaan Negeri segera diberikan kembali kepada rakyat supaya pembinaan Kerajaan Negeri yang baru akan dibentuk lebih kukuh dan bersih serta diyakini oleh semua pihak terutama pelabur yang ingin melabur kembali ke Negeri Perak.

DPPN Pk dengan ini bersedia menjadi perhubung kepada proses untuk pembuburan DUN Perak kerana hanya inilah jalan yang akan mengembalikan keyakinan dan kelancaran ekonomi Kerajaan Negeri kelak dan yang akan mendapat faedahnya kepada rakyat.

DPPN Pk amat yakin PAS sudah bersedia membina Kerajaan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Negeri Perak yang berteraskan Kerajaan yang amanah, adil, bersih dan berkebajikan jika mendapat mandat yang akan diberikan oleh rakyat Negeri Perak.


Dr Raja Ahmad Al-Hiss 
Setiausaha, 
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan