Nizar dan Khalil beri taklimat di Pejabat PAS IPOH.



Setelah sempat pulang ke hotel penginapan dan checkout sekitar jam 6.00 petang saya bergegas ke Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak untuk bertemu dengan pimpinan dan ahli PAS yang sudah lebih awal. Saya juga diberikan kesempatan untuk menceritakan keadaan yang sebenar didalam dewan negeri yang telah dicemari oleh BN.


Sesampai saya di sana YAB.DS. Nizar sedang memberikan taklimatnya berkaitan dengan Sidang Perak . Antara kandungan taklimat kami yang dicatat dalam blog Intanhijau seperti berikut :

Satu sidang media telah diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Perak, di Ipoh Raya petang tadi. Sidang yang diadakan berkenaan perkembangan persidangan DUN Perak telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar, YB Drs. Khalil Idham Lim serta pimpinan lain seperti Dato' Husam Musa ,Ustaz Ahmad Awang, YB Dr. Hatta Ramli, Sdr. Mustafa Kamil Ayob, YB Dr. Lo' Lo' Dato' Ghazali, YB Salahuddin Ayub serta Dr. Khairuddin.

Antara isi sidang media ialah :

Pihak Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Speaker Haram, Ganeson

PR akan terus berusaha melalui Sultan Perak memohon agar DUN Perak dibubarkan

Kira-kira 400 orang polis telah masuk ke dalam dewan melakukan keganasan di dalam dewan yang mulia

Kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat telah dikasari dan dizalimi

ADUN Aulong, seorang OKU tidak ketinggalan diangkat oleh anggota polis secara kasar
Ada ADUN yang telah dipijak perut dan sebagainya kerana mempertahankan speaker Sivakumar

Peranan jahat SUK memasukkan SB-SB ke dalam dewan yang mulia

Pimpinan PR akan segera turun ke kawasan memberi penerangan kepada rakyat tentang isu ini

Speaker Sivakumar telah diheret dan dikurung di dalam stor bangunan dewan selama satu jam

Titah ucapan Raja Nazrin menyentuh aspek rangsangan ekonomi dan langsung tidak menyentuh isu politik Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan