PERDANA MENTERI RAKYAT TAKUT RAKYAT

Orang lain lihat, perletakan jawatan Fairuz itu wajar kerana ketika itu beliau dalam siasatan atas beberapa dakwaan salah laku sebagai YB, cara bermoral ialah letak jawatan, bukannya mempertahankan jawatan sepertimana UMNO buat.

Bagi Najib perletakan jawatan itu tidak menepati perlembagaan kerana kononnya Fairuz (PKR) suka-suka letak jawatan untuk memberi laluan supaya pilihanraya di adakan. Kalau kali ini dikata sebagai tidak menepati perlembagaan, kenapa UMNO mati-matian menentang Anwar di Permatang Pauh ketika Azizah membuka laluan kepada suaminya itu?

Bukankah Najib adalah Pengarah Pilihanraya ketika itu?. Kenapa isu tidak menepati perlembagaan tidak timbul masa itu?

Inikah bentuk pemikiran Najib yang mahu dilihat berani dan kuat. Beginikah pendekatan Perdana Menteri rakyat?. Pilihanaraya ialah kaedah rakyat memilih pemimpin rakyat, tiba-tiba Najib yang mengelar dirinya Perdana Rakyat tidak mahu menggunakan jalan pilihanraya untuk berbaik-baik dengan rakyat.

Ini semua membatalkan apa yang disebut oleh Najib sendiri, iaitu dirinya bukan anak bangsawan dan Perdana Menteri Rakyat. Padahal bila sesuatu yang menyentuh hak rakyat misalnya dalam pilihanraya di Penanti ini, Najib lari dari rakyat seolah-olah menunjukkan dia ini anak bangsawan, yang suka menjarakan diri dengan rakyat marhaen.

Alangkah tidak bijaknya Perdana Menteri rakyat ini tidak mahu menggunakan peluang pilihanraya untuk menyelami hati rakyat di Penanti.

Kalau Wan Farid yang kalah pilihanraya Kuala Trengganu baru-baru ini disebabkan oleh bangsawannya dia, maka Najib adakah mudah bagi beliau untuk menjadikan dirinya rakyat, sedangkan dia tidak pernah bersekolah, berkawan dan berkerja ditengah-tengah rakyat.

Biarlah orang di luar sana lihat sendiri gelagat-gelagat orang yang cuba mempamerkan diri sebagai rakyat, tetapi seluruh hidupnya dihabiskan dalam ruang lingkup seorang keluarga bangsawan.

Perdana Menteri rakyat yang bukan bangsawan tentu sekali tidak sanggup menipu rakyatnya, terutama apabila menggunakan perlembagaan sebagai alasan tidak mahu menyertai pilihanray, kerana mereka tahu, rakyat di bawah sana bukanya cerdik sangat tentang perlembagaan, terutamanya orang-orang kampong yang masih buta huruf yang tidak bermaklumat yang terdiri dari pendokong-pendokong UMNO sendiri.

Muramatsu 
UK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan