SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Sajak yang dikarang Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dideklamasikan beliau di Stadium Malawati sempena Wacana Seni, Muktamar PAS ke-55 malam tadi mendapat perhatian dan tepukan gemuruh. Di hadapan kira-kira 5000 penonton sempena malam wacana muzik Islam, Mohamad Sabu membacaan sajak yang membicaralan isu pembunuhan Altantuya Shaariibu, seorang model warga Mongolia. Sebaik bait-bait sajak sajak yang dikarang hanya dalam masa 20 minit itu dituturkan, laungan takbir dan tepukan gemuruh silih berganti. Tidak kurang juga ada yang tertawa dengan sindiran sinis bait-bait sajak yang sangat unik itu. Menyusul selepas Mohamad Sabu membacakan sajak, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli turut membacakan sajak kemanusiaan yang turut menghiburkan penonton. Dua tokoh ini turut membicarakan isu seni dan budaya dengan kupasan mengenai pengaruhnya dalam lapangan dakwah dan mengubah minda anak muda. Sebelum itu, juara Akademi Nasyid, Azhan Atan mendendangkan lagu-lagu ketuhanan, selain bekas penyanyi kumpulan Arrow, Renggo dan Ito Blues Gang yang turut memeriahkan malam Wacana Seni. Terkemudian selepas bacaan sajak dua tokoh besar dalam PAS itu, Akhil Hayy dan beberapa penyanyi nasyid lain mengambil tempat untuk menghiburkan penonton. Di bawah ini adalah petikan sajak yang dideklamasikan Mohamad Sabu: 'Atantuya' Aku Insan Ajnabi, Aku Berasal Dari Tanah Tinggi Bangsaku menjelajah dunia Bangsaku pernah menguasai dunia Kecantikanku menawan sesiapa sahaja Lemah gemalaiku melembutkan lelaki perkasa Kecerdikanku, kecantikanku boleh diperniaga
Aku wanita Ajnabi merantau kemana=mana Mencari rezeki merata dunia Kuala Lumpur, Paris, Hong Kong aku merata Pembesar negara kuasai ku Kukuasai pembesar negara Sebut sahaja apa berniaga aku tetap disana Kepercayaan dan akidah sama sahaja Sekejap muslimah sekejap insaniah Aku tetap manusia beragama
Manisku dijilat, manisku disedut Aku rela kerana berniaga Aku berakidah aku insaniah Ku tahu siapa yang menyedutku Manisku masih banyak Manusia rakus menghirupku Kadang menggilir kadang digilir Aku berniaga tak kira siapa
Zuriatku ada Ku tahu siapa bapanya Masakan tidak, disarangku dia bertelur Manisku belum habis dihisap Sepahku dibuang merata Badanku dihancur luluh Tubuhku berkecai rapuh C4 dipanggil untuk memusnahku
Rohku tetap menjalar Rohku tetap merayau Setiap dada media ku buka cerita Ku tahu siapa pemusnahku Rohku berulang alik Entah di Mongolia, entah di Paris Entah di Shah Alam, entah di Putrajaya Rohku menjalar terus menjalar Roh suciku diawang-awangan Menghinggap siapa sahaja Tak kira pangkat atau kedudukan Pemusnahku akan musnah
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan