Dah Kegemaran Mereka Menangkap Orang Berhimpun

Polis memutuskan tidak akan mendakwa 12 orang menyertai protes 'kematian demokrasi' termasuk seorang ahli Parlimen dan seorang ADUN, yang ditahan selama tujuh jam pada 19 Mei lalu, kerana menyertai upacara nyalaan lilin.

dap supporter report to brickfields station candlelight vigil 020609 sign inAhli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan ADUN Teratai, Jenice Lee ditahan bersama tujuh petugas parti DAP yang menyertai upacara nyalaan lilin itu di luar pejabat ahli Parlimen DAP, Teresa Kok di Seputeh.

Upacara nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan 'kematian demokrasi' di Perak dan semua yang hadir memakai baju hitam.

Mereka yang dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan selama tujuh hari pada 19 Mei lalu, diminta datang semula ke ibupejabat balai polis Brickfields hari ini.

Apabila mereka ke sana pada jam 10 pagi ini, pihak polis memaklumkan bahawa mereka tidak akan didakwa.

"Pihak polis memutuskan untuk tidak mendakwa kami, dan kami tidak perlu lagi diikatjamin atau datang lagi (melaporkan diri) pada masa akan depan," kata Teo kepada pemberita.

dap supporter report to brickfields station candlelight vigil 020609 defiant"Penangkapan pada 19 Mei lalu dibuat tanpa asas perundangan... Dengan lebih 100 anggota polis mengepung kami malam itu, orang ramai akan menyangka mereka yang ditangkap itu mesti melakukan jenayah yang serius.

"Penangkapan tersebut jelas merupakan satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis kerana perhimpunan kami tidak mengakibatkan sebarang kerosakan kepada masyarakat," katanya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan