Krisis Politik Perak : Jaminan 69 Tahanan Sidang 7 Mei Tidak Dilanjutkan


69 tahanan berhubung sidang Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei lalu hampa apabila diberitahu siasatan pertuduhan terhadap mereka belum selesai oleh pejabat Peguam Negara.

Mereka yang datang ke ibupejabat daerah polis (IPD) Ipoh sejak awal pagi diarahkan bersurai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ipoh, DSP Glenn Anthony.

Sebahagian daripada mereka berkumpul di Wisma DAP sementara menunggu arahan untuk pergi ke IPD Ipoh.

Mereka diarahkan melapor diri kepada IPD seperti mana yang dinyatakan dalam Surat Perjanjian dan Jaminan kepada pihak polis.

DSP Glenn juga berkata semua jaminan tahanan tidak akan dilanjutkan kerana mereka mudah dihubungi.

Kesemua 69 Orang Kena Tahan (OKT) pada hari persidangan DUN Perak 7 Mei lepas diarahkan melapor di IPD Ipoh pada jam 10.00 pagi tadi.

Mereka mereka termasuk Ahli Parlimen, ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat yang berada di luar dewan pada hari persidangan.

Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat yang mengiringi OKT ke IPD Ipoh pagi tadi.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan