SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin menyokong penuh usul memansuhkan PPSMI yang dibawa PAS Kawasan Rembau sempena Muktamar PAS ke-55 hari ini. "Saya selaku wakil PAS Kawasan Kampar bersetuju sangat dengan usul ini. Pada tahun 2004 saya bersama-sama dengan peguam Hanipa Maiden, dan sebagainya telah membawa isu PPSMI ini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Pada masa itu anak saya yang darjah empat, anak Muhaimin Sulam dan anak Mejar Yahya yang juga pimpinan Kuala Kangsar bersama-sama memulakan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2004," katanya. Saman itu dibuat atas keputusan kerajaan sebaik meluluskan PPSMI, mereka mengeluarkan pekelilin bagi 11/2004 kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan dan SK Jenis Kebangsaan Tamil memaksa pengajaran Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa Inggeris, katanya. Namun dalam satu lagi sekular 12/2004 yang dihantar kepada SK Jenis Kebangsaan Cina pula, memutuskan mereka boleh mengajar PPSMI dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin, kata Nizar. Pelaksaan ini jelas 'double standard' dan Umno/BN telah melanggar beberapa peratutan antaranya perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, dan mereka melanggar Akta Bahasa Kebangsaan, kata Nizar. Justeru pada tahun 2004, beliau dan beberapa pimpinan PAS Perak mengambil tindakan mahkamah ke atas kerajaan Malaysia, Menteri Pelajaran ketika itu Musa Mohamad dan Ketua Pengarah Pendidikan. Ujar beliau pada 25 Jun ini kes saman tersebut yang tertunggak sejak 2008 akan disebut di mahkamah yang sama. Justeru beliau menyokong usul tersebut yang akan jika berjaya dimansuhkan PPSMI ia memberikan ransangan pendidikan kepada anak-anak masa akan datang. Sementara perwakilan PAS Kawasan Cheras, Ustza Muhamad Ali Jamil turut menyokong penuh usul PPSMI yang perlu serta merta dimansuhkan. Beliau sendiri menyatakan keputusan kerajaan Umno itu adalah satu keputusan yang 'bengong' dan 'pelik'. Justeru PPSMI perlu dimansukan segera, ujarnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan