Ulama PAS Bukan Ulamak konservertif

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hari ini menolak tanggapan ulamak PAS adalah ulamak konservertif yang cuba dipopularkan oleh pihak media arus perdana.

Menurutnya, istilah yang digunakan oleh orang luar itu boleh menimbulkan kecelaruan dalam PAS.

“Istilah itu seolah-olah cuba menggambarkan PAS ini adalah parti yang jumud. Jika ia benar, PAS mungkin susah untuk duduk semeja dengan bukan Islam,” katanya.

Berucap menggulung perbahasan pada Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam semalam, Nasharuddin berkata, jika pemimpin PAS atau Dewan Ulama adalah golongan konservitif, PAS tidak akan sampai ke tahap ini.

Menurutnya, istilah yang digunakan itu tidak tepat sama sekali kerana PAS kini cukup dinamik dan boleh memimpin ahlinya berjuang di atas landasan Islam.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa tiada sebarang agenda untuk membawa PAS menyertai Umno atau bergabung dengan Barisan Nasional..

“Mereka telah menjadi musuh politik PAS sejak sekian lama.

“Kami berbeza dengan Umno. Apa yang hendak dirancang akan dibuat bersama kerana parti ini bukan parti individu tapi perlu dibincang dengan pemimpin untuk dibawa ke tahap yang lebih baik,” katanya.
-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan