99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Sembilan puluh sembilan peratus keluarga di negara ini merasa semakin sukar menghadapi kenaikan harga makanan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, tinjauan pendapat yang dijalankan pada tahun lalu mengenai kesan inflasi ke atas keluarga mendedahkan statistik tersebut.

"Kira-kira 44 peratus wanita dari golongan berpendapatan rendah juga berkata, masalah kewangan mencetuskan salah faham di dalam keluarga akibat kenaikan tersebut," The Star Online hari ini memetik beliau berkata.

Ketika merasmikan program pengurusan kewangan keluarga, Aminah berkata, terdapat juga aduan mengenai gangguan along dan amaran dari bank kepada keluarga yang gagal membayar hutang mereka akibat kebuntuan untuk menguruskan kewangan mereka.

Program pengurusan kewangan keluarga itu akan diadakan di seluruh negara dengan kerjasama Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan