Apa Benda TV ISLAM Tu?

Pengumuman Dato' Seri Zahid Hamidi mengenai TV Islam tentu agak melucukan. Setahu penulis, tidak ada negara yang menamakan TVnya TV Islam. Adakah ini satu penjenamaan semula kepada TV yang ada atau ingin mewujudkan satu lagi saluran TV yang telah begitu banyak di negara kita?

2. Orang yang diberi tanggungjawab ke atas projek TV Islam itu adalah Dato' Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di JPM yang kalah dalam pilihan raya lalu. Dari seorang pensyarah kawakan, pakar motivasi dan sebagainya, beliau menceburi politik UMNO di zaman Mahathir. Semua ilmu Islamnya ketika menjadi pensyarah di UIAM hilang entah ke mana. Bahkan beliau terlibat dalam isu menghalalkan pelacuran di kalangan orang kurang mampu demi untuk meneruskan hidup.

3. Kita lihatlah nanti apakah konsep dan halatuju TV Islam itu, apakah ia benar-benar bercorak Islam, atau hanya sekadar kosmetik sahaja. Kita sudah banyak saluran TV, bahkan sebahagiannya agak berlebihan dalam menawarkan program hiburan yang melekakan khasnya anak-anak muda. Ke manakah mereka mahu dibawa. Apakah peranan Dato' Jamil Khir Baharum yang suatu ketika dahulu terkenal dalam forum hal ehwal perdana di TV1, sebaris dengan Dato' Harun Din dan Dato' Ismail Kamus. Ke manakah suara tegas beliau sewaktu di forum dahulu? Apkah sudah hilang kerana termakan gula-gula UMNO-BN?

4. Sepatutnya kaji sahaja sekelian saluran TV yang ada dan terapkan lebih banyak program bercorak Islam yang mampu memberi kesedaran kepada golongan muda, bukan menghidangkan mereka dengan budaya hedonisme yang berlebihan. Tidak ada perlunya mewujudkan sebuah lagi saluran TV yang bersifat kosmetik dan mungkin memaparkan Islam sederhana dan mengelirukan atau seperti kata Syed Qutb, Islam ala Amerika, yang hanya merosakkan Islam itu sendiri oleh penganutnya gara-gara ghairah oleh kepentingan politik tertentu.

AlKundangi,

http://alkundangi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan