AWANG SELAMAT penulis merapu di akhbar merapu Utusan Meloya menyebut betapa bahayanya kaum Melayu di negara ini apabila PR semakin dilihat bertambah kuat sokongannya daripada berbagai bangsa dan ugama. Itulah tulisan yang dilaporkan olehMalaysiakini berkenaan minda Awang Selamat yang kini merasakan tidak lagi selamat menjadi orang Melayu. Saya tidak faham apa hujah dan alasan si Awang berfikir demikian, tetapi saya yakin pemikiran si Awang tersebut adalah kesinambungan dari pemikiran orang-orang tua yang kuno dan ketinggalan zaman.
Utusan Meloya sebenarnya pun telah lama dipinggirkan orang dan boleh dikategorikan sebagai akhbar sampah dan ketinggalan zaman. Jika dahulu popular dengan ruangan `senyum kambing' nya, akhbar usang ini benar-benar menjadi kambing hitam kepada kerajaan Umno/Bn. Tidak pelik sangat kakitangan akhbar tersebut sudah mula hendak memberontak dan berdemontrasi. Maklumlah, duduk dalam akhbar yang tidak berkat. Cuma, tinggal si Awang sahaja yang masih setia dengan akhbar kuno tersebut kerana sesuai dengan pemikirannya yang kuno itu.
Hujah kita, di mana ruginya orang-orang Melayu bila PR kuat? Cuba beri contoh di Selangor, P.Pinang, Kelantan atau Kedah, di mana umat Melayu terseksa di bawah PR? Kalau hendak beri contoh negeri-negeri di bawah Umno/Bn yang membuat orang-orang Melayu terseksa, dizalimi dan melarat, tidak terlarat kita nak senaraikan. Contoh terdekat cukuplah di Perak, bila kerajaan Perak dirampas oleh mereka, amankah Melayu di Perak? Jika betul majoriti orang-orang Melayu di Perak suka kepada kerajaan pilihan Mahkamah di Perak itu, kita cabar Umno bubarkan Dun Perak. Berani ke agak-agaknya? Negeri terkenal dengan Melayunya Terengganu sekarang Melayu di sana pun berpecah kerana Umno juga. Berebut kuasa menjadi punca. Jika dahulu Pas memerintah Terengganu, hak royalti dirampas tiba-tiba, itukah yang dikatakan membela Melayu? Di Kelantan usah ceritalah, berpenggal kerajaan Pas Kelantan menderita untuk mendapatkan keadilan dari Pusat sedangkan Kelantan hampir 100 % adalah terdiri dari orang-orang Melayu.
Sekarang, di bawah Najib dengan konsep 1 Malaysia nya, beranikah lagi si Awang berkata bahawa Melayu akan lebih diutamakan? Jika beliau masih beranggapan sedemikian, beliau akan ditertawakan oleh MCA, MIC dan Gerakan. Cukuplah Awang Selamat untuk mengampu Umno/Bn bertahun-tahun lamanya. Sehari dua orang percaya dan pakai cakapnya, tetapi minda rakyat semakin berubah dan tidak statik macam minda Awang Selamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan