DALANG DI SEBALIK PENGEBOMAN J.W.MARRIOT DAN RITZ-CARLTON

Memang itulah yang terjadi,tanpa kita mengira samada kita atau sesetengah pihak sudah mengetahuinya atau belum, kedua-dua hotel mewah berkenaan menjadi sasaran pengganas (mengikut tafsiran Amerika dan sekutunya) dan membunuh lebih 20 orang. Sebahagian orang sudah pun melupakan peristiwa di Bali yang melibatkan ratusan manusia, di mana akhirnya Dr.Azhari dari Malaysia dapat ditembak oleh pihak berkuasa Indonesia. Kini Noordin Mat Top dan JI pula dipersalahkan.Kebetulan Noordin masih selamat walaupun beberapa kali diburu oleh polis Indonesia.

2. Soalnya mengapa wujud "pengganas" dalam Islam, sedangkan Islam adalah agama persaudaran, keadilan, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kalaupun memang mereka yang terlibat dipanggil "pengganas" mengapakah sebabnya mereka sanggup bertindak sedemikian, sedangkan Islam tidak mengajarnya.

3. Kalau kita melihat kepada peristiwa 9/11 yang meranapkan WTC di Amerika, peristiwa yang hampir serupa sahaja berlaku, di mana pembunuhan orang ramai yang tidak berdosa, dan masyarakat Islam khasnya AlQaeda dipersalahkan. Namun akhirnya Amerika "mengamuk" di Afghanistan dan Iraq,membantai dan menyembelih umat Islam sewenang-wenangnya. Kerajaan Taliban akhirnya tumbang, dan Saddam akhirnya dihukum mati oleh para konspirator Amerika. Siapakah yang sebenarnya bersalah, ketika mana dilaporkan 4000 orang Yahudi tidak keluar bekerja pada hari pengeboman?

4. Pembantaian umat Islam tidak terhenti di situ sahaja. Gaza akhirmya menjadi mangsa seterusnya, walaupun masalah Gaza sebenarnya sudah berpuluh tahun berlalu tanpa sebarang penyelesaian. Sengketa Israel-Pelastin sudah berlanjutan sejak tahun enam puluhan tanpa sebarang penyelesaian yang konkrit.

5. Berbalik kepada pengeboman di Jakarta yang disyaki didalangi oleh Jemaah Islamiyyah, namun tidak ada pula bukti kukuh untuk membabitkan JI itu. Noordin Mat Top dikatakan tiada di Indonesia ketika, dan kalau pun ada, ia sukar bergerak kerana sedang diburu oleh pihak polis.

6. Lalu siapa yang mendalanginya? AlUstaz Abu Bakar Bashir dalam satu kenyataannya baru-baru ini (Berita Harian) menuduh dalang sebenar adalah CIA sendiri seperti telahan yang dibuat ke atas peristiwa 9/11. Abu Bakar berpendapat tidak ada kepakaran untuk membuat bom seperti itu di kalangan muslimin Indonesia ditambah kawalan ketat ke atas hotel-hotel berkenaan, di mana Manchester United dijangka akan bermalam di situ keesokannya. Dengan begitu andaian Abu Bakar tidak dapat diketepikan begitu sahaja, di mana pihak Barat dan sekutunya akan menjadikan alasan untuk pembantaian umat Islam selanjutnya. Jika telahan Abu Bakar tidak dapat diterima, siapakah yang harus dipersalahkan? Bagaimana kawalan yang begitu ketat dapat ditembusi oleh mujadihin JI (kalau pun wujud)? Jika tidak CIA, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawap ke atas pengeboman Jakarta pada 17 Julai lalu yang mengorbankan lebih 20 nyawa?

AlKundangi,
http://alkundangi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan