Katherine dan Debbie capai kata sepakat tentang isu penjagaan anak

IBU Michael Jackson, Katherine dan bekas isterinya Debbie Rowe khabarnya sudah menemui jalan damai tentang isu hak penjagaan Prince Michael, 12, Paris, 11, dan Blanket, 7 tahun.

Debbie sanggup melepaskan hak penjagaan terhadap anak-anaknya dengan syarat Joe Jackson tidak ada kena mengena dengan anak-anaknya. Debbie bersetuju untuk diberi hak berjumpa dengan anak-anaknya bila-bila masa yang dia inginkan.

Peguam kedua-dua wanita tersebut berjumpa pada hari Jumaat lepas untuk membincangkan bagaimana cara terbaik untuk meminggirkan Joe Jackson dari masuk campur hal penjagaan.

Kes penjagaan anak-anak akan didengar pada 20 Julai untuk memberi peluang kedua-dua wanita itu.

Menurut peguam Debbie, "Perkara terakhir yang Debbie mahu ialah Joe menjaga anak-anaknya. Dia tidak mahu anak-anaknya melalui apa yang Michael lalui.

"Ketika mereka bersama, Michael banyak mencurahkan isi hatinya kepada Debbie dan bagaimana Michael membenci Joe.

Katherine Jackson (kiri) dan seorang pemandu yang tidak dikenali memasuki rumah keluarga Jackson di seksyen Encino, Los Angeles pada 5 Julai 2009. -foto AP

"Dan Katherine juga tidak mahu isu penjagaan ini berlarutan hingga dibawa ke mahkamah."

Sumber yang terdekat dengan keluarga berkata, "Mereka tidak dapat menjauhkan Joe dari berjumpa cucu-cucunya di majlis keluarga tapi rasanya mereka akan cuba menghalang Joe dari menjadi figura penting dalam hidup anak-anak Jackson."

Pada tahun 2007, Michael telah menuduh ayahnya - yang mana dia langsung tidak menamakan di dalam wasiat - memukulnya ketika dia masih budak kecil.

"Ayah saya akan memegang tali pegang dan mengacah pada saya. Mulanya cuba acah-acah tapi sekiranya dia tidak puas hati dengan raptai saya, dia akan memukul saya," kata penyanyi dalam satu wawancara pada tahun itu.

Setelah kematian Michael, Joe tidak henti-henti memberi analisa perkembangan bakat anak-anak Michael.

Ketiga-tiga anak Michael kini tinggal dengan keluarga Jackson di Encino, California, di mana mereka diberikan kaunseling khas untuk mengatasi kesedihan yang mereka alami.

-mstar.com.my-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan