Kes 'puaka' UM: Mahkamah tolak lanjut reman presiden PMI

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya, Shazni Munir Mohd Ithnin ditahan Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng dan percubaan membakar di dewan Akademi Pengajian Islam (API) universiti tersebut hujung bulan lalu.

Menurut peguamnya, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, Shazni dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk dilanjutkan tahanan reman terhadapnya.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah menolak permohonan tahanan reman itu kerana Shazni telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada siasatan polis.

Menurutnya, mahkamah memutuskan siasatan telah lengkap dan Shazni pula mempunyai kuliah untuk dihadiri hari ini.

Ketika dihubungi
Malaysiakini petang, Mohd Radzlan berkata anak guamnya itu dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang di ibu pejabat polis Brickfields dengan jaminan polis.

Pembebasan beliau disambut oleh ibu bapanya dan juga kira-kira 20 pelajar Universiti Malaya.

Shazni kelihatan "ceria dan tidak nampak tekanan" sewaktu dibebaskan dan akan meneruskan pengajian beliau esok, tambah peguam itu.

Menurutnya lagi, polis berkemungkinan mendakwanya di mahkamah pemimpin pelajar tersebut awal minggu depan.

Shazni antara tiga pelajar API yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kejadian pada awal pagi 24 Jun lalu yang telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dua lagi pelajar API Mohd Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli akan dibicarakan mulai 7 Disember ini.

Selain pemimpin pelajar itu, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani juga dicari polis.

Perkataan-perkataan yang diconteng dekat pintu masuk dewan kuliah utama API termasuklah "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" beberapa jam sebelum
kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Kedua-duanya juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan