Kritikan Terhadap Abu Talib Jelas Kepuraan-puraan Slogan 1Malaysia

NAMPAKNYA semangat 1 Malaysia yang digagaskan oleh Najib Razak tidak menyerap ke dalam diri Mnteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Ataupun mungkin Nazri belum bersedia untuk mempraktikan 1 Malaysia itu dalam konteks menyeluruh pada semua peringkat.


Kenapa dikatakan begitu, kerana kalau semangat 1 Malayisa yang membawa slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, sudah tentu Nazri tidak bersedia untuk mengkritik Pengerusi Hak Asasi Malaysia (Suhakam), Abu Talib Othman begitu rupa.


Kalau pun beliau tidak berkenaan dengan Abu Talib beliau akan menggantungkan kata-katanya sehingga tidak lancang begitu sekali. Tetapi Nazri yang dikenali sebagai seorang anggota kabinet lantang dan bercakap terus terang telah mengkritik secara terbuka terhadap bekas Peguam Negara itu di parlimen semalam ekoran pandangannya mengenai pergolakan politik di Perak baru-baru ini.


Pada pandangan Abu Talib rakyat Perak sepatutnya diberikan haknya bagi menentukan kerajaan yang mereka ingini. Ternyata pandangan bebas dan tanpa motif politik Abu Talib itu tidak disenangi Nazri kerana ia dilihat tidak memihak kepada UBN.


Nazri mentafsirkan kenyataan peribadi Abu Talib itu boleh mempengaruhi para hakim yang sedang membicarakan kes perebutan jawatan MB antara Nizar Jamaluddin dengan Zambry Abdul Kader kerana beliau adalah bekas Peguam Negara.


Alasan Nazri, Abu Talib tidak berhak memberi ulasan begitu kerana soal politik Perak tidak termasuk dalam bidang kuasa Suhakam.


Terbukti sikap Nazri itu menunjukkan beliau tidak menghayati slogan yang dibawa oleh bosnya. Sekiranya beliau menghayati beliau tidak perlu berpandangan pesimis begitu dan membiarkan saja Abu Talib memberi pandangan itu kalaupun bukan atas sifatnya sebagai Pengerusi Suhakam tetapi sebagai seorang warganegara yang tertakhluk dalam slogan ‘rakyat didahulukan’ itu.


Apa yang difahamkan dengan slogan ‘rakyat didahulukan’ itu bukan saja bermakna rakyat perlu diberi khidmat, bantuan atau janji-janji molok tetapi juga termasuk dalam menerima pandangan dan kritikan rakyat!


Lagipun bukankah Abu Talib pengerusi Suhakam dan kedudukan itu juga sebagai haknya untuk memberi pandangan sebagai memastikan hak-hak rakyat umum terbela dan dijaga? Apabila pandangan begitu juga disekat ini jelas menunjukkan slongan Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan tidak menjadi kenyataan.


Sekiranya semua menteri berpandangan seperti Nazri kita bimbang 1 Malaysia tidak lebih daripada slogan semata-mata yang sedang didengar tetapi sukar untuk dilakasanakan dan dihayati oleh para menteri.

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan