Manek Urai: Poll tunjukkan PAS akan menang lebih besar?

KUALA KRAI, 13 Julai - Sebuah badan pro-PAS dalam poll mereka semalam mendapati, 61.2 peratus dari pengundi Manek Urai akan mengundi PAS esok manakala 38.8 peratus berkata akan mengundi Umno.

Keputusan itu dicapai berdasarkan poll yang dibuat ke atas 520 respondan yang terdiri dari pengundi Manek Urai.

Jika poll ini benar-benar mewakili pengundi Manek Urai, PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar dalam pilihan raya esok.

Dalam pilihan raya umum lalu, calon PAS, Ismail Yaakub mengalahkan calon BN dari Umno dengan majoriti 1,325 undi.

Menurut seorang profesor sains politik dari sebuah pusat pengajian di Singapura yang turun ke Manek Urai mulai semalam, kebanyakan pengundi yang beliau temui berkata, "Saya akan undi Tok Guru."

Ia merujuk kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am yang menjadi ikon kempen pilihan raya PAS kali ini.

PAS telah menjadikan Nik Aziz sebagai ikon kempennya dalam pilihan raya ini dengan slogan "Pimpinan Tok Guru Manek Urai Berkat."

Ekoran ikon ini, antara kempen Umno adalah menyerang Nik Aziz secara peribadi atau kepimpinannya.

Menyerang Nik Aziz adalah antara kesilapan besar BN dalam pilihan raya kali ini. Ini kerana, rakyat Kelantan terlalu sayang dengan MB mereka ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan