KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - "Tukar agama seketika, bukan lama sangat tak apa," kata seorang petugas di sebuah rumah pemimpin Umno di Kuala Lumpur ketika membahagikan wang tambang kepada pengundi Dun Manek Urai.
Kata-kata itu dilontarkan petugas berkenaan sambil tersenyum seakan berseloroh tanpa menyedari kata-katanya itu memberi kesan yang besar kepada dirinya sendiri.
Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika mendedahkan perkara itu berkata, petugas berkenaan memberitahu pemberian wang tambang itu bukannya rasuah.
"Dia juga ada bertanya hendak undi parti mana. Malah ada nama yang disenaraikan mendapat tambang tersebut pada peringkat awal digugurkan apabila dia curiga tidak menyokong Umno," katanya di sini.
Menurutnya, setiap pengundi yang datang menemui petugas berkenaan di rumah seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur memberitahu mereka diberi wang sebanyak RM200.
Katanya juga pemimpin Umno itu sebelum ini menghimpunkan pengundi-pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur di rumahnya bagi mempengaruhi mereka supaya tidak pulang mengundi.
Bagaimanapun pada pertemuan kedua pemimpin itu melalui beberapa agen yang dilantik menyenaraikan nama-nama pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang mengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan