Matinya Teoh Beng Hock, BN makin rohok

Oleh: Zukri Aksah

ROHOK adalah perkataan Terengganu, yang membawa maksud sukar atau susah. Era Najib adalah era pasca Pilihanraya Umum 8 Mac 2008, era BN kehilangan dua pertiga penguasaan di Parlimen, era BN kehilanganpenguasaan empat negeri dan satu wilayah persekutuan.

Maka Najib di eranya mula berbuat macam-macam bagi mengembalikan kepercayaan rakyatterhadap BN dan kepimpinannya, termasuklah pengenalan konsep 1Malaysia dan dasar liberalisasi.

Semua mengetahui bahawa antara sebab kehilangan besar undi BN dalam pilihanraya umum yang lalu adalah kerana bertukarnya angin pengundi bukan Melayu secara menyeluruh ke arah Pakatan Rakyat.

Najib menyedarinya, sebab itulah kita lihat pengenalan konsep 1Malaysia, dasar liberalisasi, bahkan perlantikan Dr Oh Ei Sun sebagai Setiausaha Politiknya. Ini menampakkan usaha terdesak Najib untuk menggamit semula kepercayaan dan keyakinan kaum bukan Melayu terhadap BN dankerajaan pimpinannya.

Malangnya keghairahan Najib direncat dengan kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah. Usaha Najib menjadi semakin rohok. Teoh ditemui mati pada tengahari 17 Julai 2009, di atas bumbung bersebelahan bangunan SPRM Selangor, sehari sebelumnya Teoh di bawa ke situ untuk siasatandakwaan salahguna wang peruntukan oleh empat orang ADUN Pakatan RakyatSelangor, dan tidak pulang-pulang. Teoh mati di dalam tahanan SPRM!

SPRM pula adalah buah tangan Abdullah Badawi semasa hayat keperdanaannya memimpin negara. SPRM diwujud menggantikan BPR bagimeningkatkan integriti kerajaan, menampakkan keterbukaan institusipenguatkuasaan dalam menjalankan tugas mereka, menggambarkan yang usaha pembasmian rasuah adalah bebas, tidak berpihak dan tiada campurtangan dari belakang. Sayang seribu kali sayang, bukan sahajausaha Najib terkandas, impian Abdullah juga berkecai.

Hari ini, yang wujud dalam persepsi rakyat adalah, SPRM membuat kerja dalam gelap.Biarpun HINDRAF pasca penahanan ISA kelihatannya berpecah, menandakanbahawa undi kaum India terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang juga mungkin akan tidak sebulat seperti 2008, tetapi perkembangan ini bukan lagi khabar gembira buat Najib selepas kematianTeoh.

Paling tidakpun, asas penahanannnya iaitu berhubung siasatan dakwaan salahguna wang peruntukan oleh empat orang ADUN Pakatan Rakyat Selangor akan dijaja dengan hebatnya sebagai bukti siasatan terpilih oleh SPRM yang didalangi oleh Umno dan BN pimpinan Najib, soal mengapa Khir Toyo selepas setahun tidak bergelar MB berjaya membina rumah agam berpuluh juta akan diungkit, mengapa SPRM menutup mata?

Kebetulan pula yang mati adalah dari kaum Tionghua, ADUN-ADUN yang disiasat juga semuanya dari kaum Tionghua. Dengan dakwaan siasatan terpilih dan cubaan menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor, jelas DAPbakal menarik undi simpati dari pengundi Tionghua dalam pilihanraya umum akan datang, PKR juga akan merasa laba dari tempiasnya.

1Malaysia dan liberalisasi Najib menjadi gema yang semakin sayup-sayup kedengaran di telinga rakyat, terutama yang bukan Melayu, akhirnya mungkin hilang terus.

BN makin rohok, apalagi yang perlu Najib perbuat? Pakatan Rakyat, dalam pilihanraya umum akan datang mungkin akan kehilangan beberapa segmen pengundi kaum India kerana perpecahan kepimpinan HINDRAF, tetapi sudah tentu undi kaum Tionghua terhadap Pakatan Rakyat akan semakin bertambah dengan banyaknya.

Jika dalam tempoh sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 ini Anwar disumbat ke penjara sekali lagi kerana tuduhan kes liwat dengan Saiful Bukhari Azlan, maka berbondong-bondong undi simpati orang Melayu dan undi orang mudaMelayu akan hadir untuk PKR. Kesannya Pakatan Rakyat mungkin akan menang lebih besar pada pilihanraya umum akan datang berbanding dengan Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.

Paling teruk kerajaan persekutuan akan berpindah tangan ke Pakatan Rakyat, ini yang paling rohok.

Muhyiddin tidak boleh tuduh Pakatan Rakyat mempolitikkan isu kematian Teoh, kerana sememangnya ia isu politik, Teoh adalah orang politik, ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang disiasat juga adalah orang politik.Kenyataan Muhyiddin hanya membuat keadaan BN bertambah rohok, apalagi di ketika bekas Timbalan Presiden MCA, Chua Jui Meng mengisytiharkan diri keluar MCA dan menyertai PKR.

Muhyiddin sepatutnya perlu lari sebentar dari posisinya sebagai Timbalan Presiden Umno dan berada di posisi Timbalan Perdana Menteri, pemimpin negara. Teoh adalah rakyatnegara ini, dan kematiannya adalah kehilangan seorang dari rakyat negara ini.

Muhyiddin seharusnya mengeluarkan kenyataan yang mendamaikan, yang menyelesakan perasaan setiap rakyat, bukan yang semakin merohokkan.

Sudah pasti 1Malaysia Najib akan tersangkut pada tarikh 17 Julai 2009, tarikh kematian tragik Teoh Beng Hock, tambah pula tragedi yang menimpa Teoh bukanlah kes kematian dalam tahanan yang pertama. Soalnyabergunakah untuk diwujudkan sebuah lagi Suruhanjaya Bebas bagi menyiasatnya, kalau kesudahannya tetap sama, hanya sebuah buku laporan tebal yang berharga mahal?

Yang rakyat mahu lihat adalah tindakan drastik, bukan permintaan menghentikan tuduh-menuduh seperti yang disuarakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan.

Yang Ahmad Said perlu buat adalah menggantung serta-merta pegawai yang terlibat dengan sesi soal-siasat Teoh, atau paling bermaruah, Ahmad Said sendiri mengambil tanggungjawab meletak jawatan kerana kematian Teoh berlaku di”rumah”nya.

Mengatakan bahawa dia sendiri pun secara peribadi ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku adalah keadaan yang makin merohokkan, tidakkah pelik ketua keluarga tidak tahu apa yang berlaku di dalam rumahnya?

Tidakkah janggal bila Ahmad Said pun perlu menunggu hasil siasatan polis tentang apa yang berlaku? Tidakkah biasanya sesebuah jabatan mempunyai instrumen siasatan dalamannya yang tersendiri? Sudah tentuAhmad Said patut tahu apa yang sebenarnya berlaku di dinihari 17 Julai di bangunan SPRM Selangor itu.

Hari ini Najib mungkin sedang bersedih, meratapi konsep 1Malaysia dan dasar liberalisasinya, yang awalnya kelihatan seperti memantul sinar kemilau di Manek Urai, tetapi hari ini telah dikunjung awan hitam kegagalan yang tebal, semuanya gara-gara kematian Teoh Beng Hock, yangmenjadikan semuanya serba-serbi rohok.

-mstar.com.my-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan