Misteri Pembunuhan Seorang Siswi Iran..

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman



HARI-HARI berlaku demonstrasi besar-besaran di Iran oleh penyokong pihak-pihak yang kalah dalam pilihan raya umum lalu. Seorang siswi falsafah bernama Neda Agha Soltan dari sebuah universiti tiba-tiba telah ditembak mati. Neda yang kelahiran 1982 ini ditembak mati oleh pihak yang tidak dikenali di tempat itu, menyebabkan beberapa hari kemudian demonstrasi-demonstrasi seterusnya mengutuk Iran dan menyatakan simpati pada Neda berlaku di beberapa buah negara.


Anehnya, gambar-gambar Neda yang berdarah diangkat oleh para demonstrasi tersebar luas di negara-negara Eropah, dan diatas gambar itu tertulis ayat This Is Islamic Democracy’. Wah, kenapa begitu? Kenapa dikatakan, ‘Ini Demokrasi Islam?’ Apa tujuannya? Mari kita cari fakta-faktanya.


Pertama: Peristiwa.


Neda Agha Soltan ditembak mati pada tengahhari Sabtu, iaitu seminggu selepas keputusan pilihan raya yang menyaksikan Presiden Iran Ahmadinejad diisytiharkan mendapat kemenangan besar. Waktu itu demonstrasi besar-besaran masih berlaku berlaku di kota Tehran, ibu negara Iran yang digerakkan oleh penyokong calon yang kalah. Neda dan temannya yang berada dalam kereta dan keluar dari kereta mereka. Tiba-tiba sebutir peluru menembus badan Neda menyebabkan beliau langsung tersungkur ke tanah. Menurut akhbar The New York Times, sebelum menghembuskan nafas terakhir, Neda sempat mengucapkan, “Saya rasa terbakar!”


Kebetulan waktu itu sebuah teksi dipandu oleh Pouya melintasi Jalan Salehi. Didapatinya ramai berkerumun melihat seorang wanita terlentang di atas jalan dalam keadan mulut dan hidungnya berdarah. Dia mengangkat jasad wanita itu masuk ke dalam teksinya dan membawa ke hospital. Kepanasan bumi Iran dengan aksi-aksi demonstrasi pihak yang kalah, menjadikan bertambah lagi panas dengan berita terbunuhnya wanita yang bernama Neda itu.


Kedua: Apa yang berlaku selepas kematian Neda?


a..Media-media internasional seperti mendapat suntikan baru dalam menyerang kredibiliti hasil pilihan raya Iran yang menyaksikan kemenangan Ahmadinejad. Liputan-liputan begitu dahsyat dalam memburukkan Iran terhias dihadapan akhbar-akbar.


b..Tidak senang dengan pemberitaan media-media Barat, pemimpin Iran akhirnya bersuara dengan menunding bahawa pejabat berita BBC (Britain) dan Voice of Amerika (AS) berusaha memecah belahkan Iran. Liputan mereka melalui jurucakap Kementerian Luar Negara Iran, Hassan Ghashghavi, “Pimpinan VOIC dan BBC adalah anak-anak spritual Benjamin Netanyahu dan Avigdor Lieberman. Tujuan mereka adalah ingin melemahkan solidariti Nasional, mengancam integriti dan memecah belah Iran.”


c..Pemerintah Iran menganggap semua ini adalah permainan BBC, VOA dan CNN yang membangun ruang perang psikologis terhadap Iran. Akhirnya, koresponden tetap BBC di Tehran dihalau oleh pihak berkuasa Iran kerana dituduh mendalangi perusuh.


d..Melihak ketegasan Iran dalam menghadapi pendemonstrasi, sejumlah ketua-ketua negara bersuara. Antaranya Obama, Presiden AS mengkritik tindakan pemerintah Iran yang menghalau pendemonstrasi itu sehingga terbunuhnya Neda. TV pula terus menerus mengulang tayang detik-detik kematian Neda, “AS dan masyarakat internasional muak dan marah atas ancaman, pemukulan dan pemenjaraan yang terjadi dihari-hari terakhir ini”.


Obama juga mengatakan, “Saya mengutuk aksi yang tidak adil itu.. Saya bersama rakyat AS bersedih atas semua korban yang tidak berdosa dan meninggal dunia”.


Jawab Ahmadinejad, “Saya harap anda (Obama) jangan campur urusan Iran!”.


Ketiga: Kontroversi Kematian Neda


Penyelidikan panjang terhadap kematian Neda menunjukkan bahawa ada beberapa kesangsian terhadap kematian Neda. Antaranya adalah..


a..Rakaman video kematian Neda yang dipublisitikan oleh media-media barat, menujukkan Neda sudah lama di dalam perhatian. Sebab, rakaman video yang menayangkan Neda sebelum mati adalah gambar 45 minit sebelum kejadian.


b..Tempat kejadian itu jauh dari tempat demonstrasi di Jalan Azadi. Sedangkan Neda ditembak sekitar Jalan Salehi. Jelas dia tidak mati ditembak ditempat demonstrasi.


c..Ada sekurang-kurang 2 handycam yang merakam kejadian menunjukkan senario di balik kejadian tersebut.


d..Milisi Basij dan polis sepatutnya ditempatkan di tempat demonstrasi ,bukan di wilayah yang jauh dari lokasi.


e..Hasil forensik menunjukkan peluru yang digunakan menembak Neda jenis caliber kecil pistol tembak dari jarak dekat, semasa Neda berjalan kaki, setelah keluar dari keretanya.


f..Padahal polis dan milisi Basij tidak menggunakan pistol dalam menghadapi demonstrasi. “Bunyi tembakan macam bunyi mercun.” kata guru muzik Neda yang menjadi saksi kejadian. Katanya lagi “Masa itu tidak ada konflik senjata dikawasan itu (penembakan Neda) kerana tidak ada pasukan keselamatn yang berkawal di kawasan tersebut”.


Keempat: Siapa dalang?


Jumaat pilihan raya, Sabtu diumumkan jumlah kira undi. Berlakulah protes keputusan besar-besaran, kebanyakannya oleh penyokong Mir Husein Mousavi. Mereka mengatakan kemenangan Ahmadinejad melalui proses penipuan. Ahmadinejad jawab balik, “tidak ada manipulasi dalam perhitungan suara. Wajar jika mereka kecewa kerana mereka terlalu yakin boleh menang, sebelumnya” sindirnya sebagaimana yang disiarkan oleh BBC.


Bagi menghentikan kekacauan yang berlaku, pihak pemerintah Iran akhirnya menangkap sekitar 100 orang tokoh reformis (kebanyakan penyokong Mousavi ) termasuk Reza Khatami iaitu saudara bekas Presiden Iran, Mohammad Khatami (1997). Polis Iran juga menangkap sekitar 170 orang yang dianggap dalang rusuhan. Pemerintah Iran melumpuhkan jaringan komunikasi digital seperti internet, termasuk situs jejaring sosial, dan facebook.


Siapa dalang disebalik semua yang menyebab terjadi begini? Melihat kepada tulisan di gambar “This Is Islamic Democracy” maka jelaslah dalangnya adalah dari musuh-musuh Islam?


Sekian, Wallahu aklam.

http://www.ibnuhasyim.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan