Shirzad Lifeboat | |
TATKALA seorang penulis kembara British, Peter Fleming tiba di Xinjiang pada Ogos 1935, Republik Turkistan Timur telahpun diisytiharkan di bandar Kashgar sebelum ia ditukar kepada Turkistan Timur atau Uyghuristan. Fleming yang sanggup mengembara selama tujuh bulan dari London untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku di wilayah China yang dilatar belakangi oleh Banjaran Pamir ini mendapati betapa Islam bertapak di sini sejak pertengahan kurun ke-9 lagi dalam bentuk penempatan dan penguasaan kaum Uyghur. Ketibaan Fleming di Xinjiang disambut dengan saki baki rusuhan yang berlaku di antara kaum Uyghur, kumpulan Turkis lain, kaum Rusia Islam dan kaum Hui (kaum China Islam) terhadap kerajaan revolusi China yang berjaya merampas kuasa dari Maharaja Puyi daripada Dinasti Qing, maharaja dan dinasti terakhir China dalam Revolusi 1911. Bagi Fleming, pencetus revolusi yang kononnya mahu menghapuskan rasuah dan kemungkaran lain dalam Dinasti Qing sebenarnya tidak lebih daripada sekumpulan manusia yang rakus dan obses dengan doktrin komunism yang sedang mereka majukan. Fleming yang mengabadikan pengalamannya di Xinjiang dalam buku News From Tartary: A Journey From Peking to Kashmir (1936) antara lain menulis: "Saya tidak tahu, dan tidak memperdulikan, mengenai teori politik, kecurangan dan penipuan, penindasan dan ketidakcekapan, yang telah dilakukan kerajaan, apa yang menjadi perhatian saya ialah manifestasi konkrit kerajaan, serta impaknya terhadap kemanusiaan dan bukannya mengenai asal-usul doktrin utama yang cukup samar." Sesungguhnya politik China sedang hilang pedoman ketika itu. Penghapusan sistem kerajaan beraja mutlak dan pengaruh Barat mengakibatkan pencetus revolusi mencari-cari apakah sistem yang harus digunakan bagi menggantikan sistem yang telah dipakai sejak 2852 SM. Namun atas sebab yang diketahui sendiri atau tidak diketahui pencetus revolusi dan pewaris mereka, doktrin komunisme yang belum teruji di bumi China menjadi pilihan utama walaupun ketika itu sistem Islam sudah bertapak di bumi tersebut seawal 650 Masehi selepas bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., Saad Abi Waqqas diutus menemui Maharaja Gaozong oleh Khalifah Uthman Affan. Sejak itu, Islam mempunyai pengaruh yang besar. Walaupun doktrin Marxisme menganggap "agama adalah sebagai dadah kepada masyarakat", namun doktrin komunis yang digunakan kerajaan China, malah setelah tertubuhnya Republik Rakyat China pada 1949, tidak dapat menolak Islam walaupun pelbagai usaha dan keganasan dilakukan ke atas rakyat beragama Islam yang dianggarkan 100 juta kini. Usaha terbaru penghapusan etnik sudah tentulah sebagaimana keganasan yang tercetus di Xinjiang bermula Januari 2007 dan kini apabila Wilayah Autonomi Xinjiang itu kembali bergolak, media China yang dikuasai kerajaan sekali lagi cuba menyembunyikan kebenaran. Menurut agensi berita China, Xinhua, jumlah penduduk Islam yang terkorban dalam keganasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu 7 Julai lalu adalah 156 sebagaimana dipetik Reuters. Namun demikian aktivis Uyghur mendakwa media China berusaha menggambarkan laporan itu agar menyebelahi mereka menerusi apa yang disebut pakar media China di Hong Kong sebagai 'Control 2.0'. Tindakan terhadap kaum Uyghur Menurut David Bandurksi, editor Projek Web Media China, "Dengan menyalurkan keluar berita sebenar, penyaluran media asal kepada Xinhua akan diperbesar-besarkan bagi menunjukkan tindakan kerajaan China adalah betul dan berita ini digunakan oleh agensi lain termasuk AFP, Reuters, AP dan lain-lain." Taktik sama digunakan oleh China apabila pihak polisnya mengambil tindakan terhadap kaum Uyghur di bandar Shishou Jun lalu. Baca selanjutnya:-http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021786&Itemid=90 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan