Tukang masak Jackson lihat Dr Murray ambil tangki oksigen

Kiriman AbangBong


 SEORANG tukang masak mendiang Raja Pop mendakwa melihat pakar perubatan persendirian Michael Jackson mengambil keluar tangki-tangki oksigen dari rumah agam penyanyi tersohor itu.Jika dakwaan itu benar, ini menyokong teori bahawa bintang tersebut sedang dirawat dengan sejenis dadah yang cukup berbahaya.

Oksigen diperlukan untuk memberi ubat anestetik, 'Diprivan'. Ubat tersebut dijumpai di rumah Jackson dan ia dipercayai menjadi punca Jackson diserang sakit jantung."Dalam dua kejadian berasingan, saya nampak Dr. Murray menolak tangki-tangki oksigen melalui dapur dan terus keluar dari rumah."Tangki-tangki tersebut adalah besar, tahan lama, tangki berwarna perak dan setinggi empat kaki," media memetik tukang masak, Douglas Jones sebagai berkata.Jones menambah: "Saya ada melihat dia (Dr. Murray) menggunakan peralatan tersebut. Saya rasa pelik.

Setahu saya, apa yang berlaku adalah menyalahi undang-undang."Tukang masak itu juga mendedahkan dia melihat tangki oksigen disimpan di premis-premis tersebut.Cerita Jones itu jika terbukti kesahihannya akan mendatangkan 'musibah' untuk Murray.Ini kerana minggu ini, seorang ahli patologi forensik terkenal, Dr. Cyril Wecht, menggesa pegawai perubatan yang membekalkan Jackson dengan dadah seperti Diprivan agar didakwa di mahkamah."Terdapat sesetengah dadah yang hanya boleh diberikan oleh pakar anestetik yang terlatih dan di hospital."Selain itu, ia haruslah diberikan dengan teknik asepsis kerana ia cenderung kena jangkitan bakteria," kata Wecht.Tambahnya:

"Jika doktor tersebut mempreskripsikan ubat Propofol untuk Michael Jackson untuk diambil di rumah... pada pandangan saya, itu adalah suatu kecuaian yang dilakukan sewenang-wenangnya."Kita juga tertanya-tanya tindakan doktor terbabit itu boleh dikaitkan sebagai pematian orang (manslaughter) secara perundangan," ujarnya.

-tkodaily.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan