Pembela | |
Nampaknya bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo begitu serius bercakap tentang pusat judi, hiburan dan spa yang dikatakan haram berjumlah 4000 buah seluruh negeri Selangor. Tahniah saya ucapkan kepada bekas Menteri Besar Umno-BN di Selangor tersebut kerana sensitif dengan isu pusat judi, hiburan dan spa haram sejak akhir-akhir ini. Persoalannya ialah, adakah Khir Toyo melihat isu halal dan haram hanya di daam konteks lesen semata-mata, sekali gus membelakangkan dari aspek hukum agama Islam yang menjadi pegangannya. Jika itulah yang menjadi prinsip dan pegangannya dalam menentukan status halal dan haram berkenaan pusat judi, hiburan dan spa haram, maka wajar Khir Toyo pergi mendalami lagi ilmu Islam supaya ia tidak menyebabkan ia menanggung bala dan dosa di sisi Allah SWT. Bagi saya, memberi lesen pusat judi, hiburan dan spa tetap haram, malah ia dua kali haram dari yang tidak berlesen. Ini yang sepatutnya yang Khir Toyo kena sedar. Sekadar mahu mempolemikkan isu pusat judi, hiburan dan spa tidak berlesen (haram) olehnya adalah berkepentingan politik yang keliru dan mengelirukan kepada dirinya sendiri. Sebaliknya, kewujudan pusat judi, hiburan dan spa tidak berlesen tersebut lebih baik berbanding yang berlesen kerana ia adalah salah satu cara pencegahan ataupun kawalan yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor secara diplomasi dan bijaksana. Ia tidak seperti Khir Toyo yang cuba menghalalkan pusat judi, hiburan dan spa melalui pemberian lesen kepada permohonan. Sebagai umat Islam, Khir Toyo harus faham bahawa samada pusat judi, hiburan dan spa yang diberi lessen atau tidak berlesen tetap haram di sisi agama Islam. Sesungguhnya implikasi di atas kegiatan yang berkaitan pusat judi, hiburan dan spa tetap salah di sisi agama serta tidak sah dari sisi agama. Khir Toyo cuba untuk menampilkan keIslamannya melalui isu pusat judi, hiburan dan spa yang dikatakan haram, sebaliknya melupakan bahawa dia pernah diamanahkan sebagai Menteri Besar Selangor mengutip hasil dari pusat judi, hiburan dan spa yang dianggap tidak haram tersebut. Akhirnya, saya ingin memberi sedikit pengajaran kepada Khir Toyo bahawa perkara haram lain yang perlu diketahui olehnya ialah memberi lesen kepada pusat judi, hiburan dan spa. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan