Debat Pemuda PAS-Umno pada 13 Ogos

Debat antara Ketua Pemuda Umno dan rakan sejawatannya dari PAS mengenai isu rasuah di Malaysia ditetapkan pada 13 Ogos ini.

Debat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu hanya akan berlangsung jika Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri turun membahasakan topik dan tidak mewakilkan tugasnya pada pihak ketiga.

“Pemuda Pusat mengambil keputusan bersetuju supaya Ketua Pemuda hadir pada 13 Ogos di Dewan Perhimpunan Cina dengan syarat Ketua Pemuda UMNO turut hadir. Kita akan tarik diri sekiranya selain daripada Ketua Pemuda Umno hadir,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi.

Perbahasan itu bertajuk :Rasuah dan Masa Depan Malaysia, Dimana Peranan Pemimpin Muda Politik.
-tvantara.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan