“Himpunan 1Kelantan Tuntut Royalti”

Oleh: Dewan Pemuda PAS Putrajaya

1 Ogos tahun ini telah merakamkan satu lagi kemuncak luahan rasa rakyat berkenaan akta zalim ISA yang sehingga kini masih menjadi alat penguasa zalim Umno-BN untuk terus berkuasa. Hak rakyat berhimpun dihalang jelas sama sekali tidak menunjukkan keikhlasan rejim PM Najib yang mendabik cita ingin menjadi PM Rakyat.

Retorik 1Malysia PM Najib sehingga ke hari ini bukan sahaja menjadi sindiran rakyat malah bertukar menjadi kemarahan rakyat. Semuanya bermula dengan beberapa isu yang menghimpit segenap lapisan rakyat, baik sesiapa pun. Seawal kempen pilihanraya Manek Urai. berikut tindakan bijak kepimpinan PAS yang telah membangkitkan isu royalti kelantan. Kemudiannya kenaikan harga tambang kenderaan awam, tarif elektrik (yang dijamin tidak dinaikkan tahun ini; yang bermakna tahun depan akan dinaikkan), kegagalan mengawal kemerosotan ekonomi negara, isu amah Indonesia, kecelaruan politik dalaman Umno-BN, isu korupsi dan keselamatan, dan terbaru tindakan ganas KDN berhadapan dengan rakyat dalam isu ISA,

Semua yang dinyatakan ini jelas menunjukkan kegagalan pendekatan 1Malaysia PM Najib dan sekiranya semua isu ini diambil kira maka kita yakin petunjuk aras prestasi PM Najib pastinya berada pada tahap gagal dan tidak dapat dipulihkan lagi. Tema 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan hanyalah ungkapan kata yang sedap didengar sahaja.

tg

Hari ini, PM Najib menyatakan bahawa Himpunan Mansuhkan ISA mempunyai motif politik yang (diusahakan oleh PAS). Satu kenyataan politik seorang PM yang tidak bijak, yang hanya mendatangkan kemarahan kebanyakan rakyat. Majoriti rakyat mahukan akta ISA itu dimansuhkan oleh kerajaan.

mat

Ini jelas apabila Menteri Nazri Aziz menyatakan pihak kerajaan (ditelunjuk kerajaan Umno-BN) tidak sesekali dari dahulu mahu menghapuskan akta zalim ISA sepertimana katanya bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional ketika ditemui pemberita selepas pelancaran blog dan web Pemuda Umno Papar.


PM Najib jelas tidak memahami kehendak rakyat, barangkali berkhayal rakyat sudah termakan umpan atau mungkin yakin ‘kemenangan moral Umno di Manek Urai’ sudah melonjakkan KPInya untuk mengatur langkah lebih bergaya memasuki pusingan 100 hari kedua. Tidak cukup dengan itu PM Najib juga kebelakangan ini makin lunak melaungkan ikrar untuk menjadi PM Rakyat sehingga tahun 2012. Apakah PM Najib berkira-kira untuk menjadi PM penggal kedua dengan kemenangannya sendiri sebagai pengerusi BN di dalam PRU13 nanti?

Sebelum hal ini terjadi, adalah moleknya kita memahamkan PM Najib dengan bahasa demokrasi rakyat seperti yang ditunjukkan pada hari ini. Dewan Pemuda PAS Putrajaya mencadangkan PAS Pusat mengusahakan pula satu lagi himpunan rakyat; yang kelak kita gegerkan sebagai Himpunan 1Kelantan Tuntut Royalti.

Kita positif Kelantan akan diberikan hak royaltinya Cuma lambat atau cepat. Kita gusar bagaimana nanti royalti itu akan disalur dan digunakan. Kita sudah melihat hal yang berlaku di Terengganu. Bagaimana rakyat Terengganu dipergula-gulakan dengan hak mereka sendiri.

munajat 1k
Cukuplah selama ini rakyat Kelantan dinafikan segala keistimewaan yang sepatutnya dikecapi seperti rakyat negeri-negeri lain. Mujur rakyat Kelantan memiliki jatidiri kewilayahan yang menjadikan mereka matang, celik dan kuat membela negeri mereka. Maka atas sejarah dan kelebihan sifat ini kita merasakan sudah sampai masanya PAS Pusat mengusahakan suatu himpunan, “Himpunan 1Kelantan Tuntut Royalti”.

doa_tg_nikaziz_kecil

Biar ribut, biar kalut,
asal saja mereka tahu,
bahawa kita ingin tuntut,
hak 1Kelantan kita yang mereka pun tahu.



www.dppputrajaya.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan