Mohd Sabri Said | |
PULAU PINANG, 2 Ogos (Hrkh) - PAS Pulau Pinang akan bermesyuarat minggu depan berbincang mengenal pasti siapakah yang bakal diletakan sebagai calon untuk Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir mengantikan kerusi berkenaan setelah kematian Adunnya, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman kelmarin. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man ketika menghubungi Harakahdaily berkata, walaupun malam Ahad nanti ada mesyuarat Dewan Harian PAS Negeri tetapi tidak banyak memfokuskan isu tersebut sebaliknya lebih tertumpu pada perbincangan untuk pertemuan dengan Majlis Pakatan Rakyat di Komplek Tun Abdul Raak (Komtar). "Setakat ini kita tidak membincangkanya lagi tetapi lebih menumpukan pada pertemuan dengan Majlis Pakatan Rakyat yang akan diadakan dua hari lagi di Komtar," ujar beliau. Sementara itu, Ustaz Saleh yang mewakili keluarga Allahyarham, Dato' Mohd Hamdan mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang hadir menziarahi Allahyarham di Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir, membantu mengendalikan pengkebumian sehingga selesai. "Kepada Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PAS, Dato' Haji Mustaffa Ali dan semua kepimpinan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) saya ucapkan terima kasih," tambah beliau. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan