UBN Najib Altantuya: DAP bertembung lagi dengan Utusan
DAP akan mengemukakan satu lagi saman ke atas Utusan Malaysiaberhubung laporan akhbar berkenaan awal tahun ini yang mengaitkan pemimpin parti itu dengan isu menghina Islam.
Ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi (kanan), berkata tindakan undang-undang itu dibuat atas arahan setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng supaya bertindak menyaman pihak yang didakwa memburukkan anggota parti itu.
"Saya tidak menghina Islam. Secara terang-terangan laporan Utusan Malaysia ini bermotifkan politik," kata Ooi dalam satu kenyataan – merujuk berita 'DAP hina Islam?' pada 24 Feb lalu.
Ooi juga mengarahkan peguam-peguamnya untuk mengambil tindakan segera bagi mempertahankan haknya daripada "serangan jahat Utusan."-malaysiakini.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan