UBN Najib Altantuya: Isu masjid: SU menteri akui silap guna kepala surat

Setiausaha politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan mengakui tersilap menggunakan kepala surat kementerian berkenaan yang dihantar kepada ketua Umno bahagian di negeri tersebut, berhubung pelantikan ahli jawatankuasa masjid di kariah masing-masing.

M Sazali Kamilan - setiausaha politik kepada Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - berkata surat tersebut juga bukan untuk dihantar kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sebaliknya, jelas beliau, surat itu bertujuan meminta ketua Umno bahagian di Wilayah Persekutuan mengemukakan senarai calon yang berwibawa untuk dicadangkan kepada JAWI bagi dilantik menganggotai AJK masjid.

"Saya mengakui kesilapan itu. Tidak sepatutnya saya menggunakan kepala surat kementerian berkenaan (untuk tujuan tersebut)," katanya ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini.

Sazali diminta mengulas
kenyataan ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang membantah sikap Menteri Wilayah Persekutuan yang didakwanya mencampuri urusan hal ehwal agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Dr Lo' Lo' mendakwa, ia dilakukan melalui surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik menteri berkenaan yang dikatakan ditujukan kepada JAWI berhubung penyusunan semula pentadbiran masjid dan surau.
-malaysiakini.com-

[Tersilap ke atau sengaja buat silap ataupun mata ada masaalah rabun]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan