UBN Najib Altantuya: Siapa Perkuda Siapa

Oleh Ahmad Zawawi

KEMARIN hari minggu dan saya mempunyai banyak masa bersama keluarga. Sebaik sahaja selesai minum pagi, seperti biasa dihari cuti begini saya akan mengambil sedikit masa untuk menyingkap beberapa Akhbar yang anak-anak beli.

Diruang RENCANA Berita Minggu saya lihat tajuknya “Orang Melayu tak sedar ‘diperkuda’ Pakatan Rakyat tulisan Rohaniza Idris. Rencana ini memuatkan pendapat pakar-pakar yang mahir lagi tersohor dalam aspek kemanusiaan.

Mana tidaknya pendapat-pendapat oleh Prof Zainal Kling, Prof Muhamed Mustafa Ishak dan Osman Bakar Presiden BBPM yang menjadi bahan rujukan utama penulisan rencana ini jugalah digunapakai pihak-pihak tertentu apabila telah terdapat lebih ramai orang melayu yang sedar apa yang berlaku disekeliling mereka.

Rata-rata para pakar tersebut memperkatakan yang orang melayu terlalu mudah diperdaya dan tidak sedar telah diperguna oleh Pakatan Rakyat dalam satu agenda politik. Maka diperkatakan juga yang Himpunan Haram yang bertopengkan menentang Akta Kejam ISA diKuala Lumpur baru-baru ini sebenarnya adalah helah Parti-Parti dalam Pakatan untuk survival mereka.

Saya terpanggil untuk memberikan “credit” kepada tokoh-tokoh yang saya sebutkan diatas kerana menzahirkan betapa prihatin mereka kepada kesudahan nasib orang-orang melayu. Daripada nada tegas yang dimuatkan dalam Rencana tersebut juga jelas menunjukkan yang mereka sangat-sangat kecewa melihat orang-orang melayu diperbodoh dan diperkuda oleh Pakatan Rakyat.

Persoalan yang hendak saya ketengahkan disini ialah mengapa Pakar-Pakar kita ini lambat sangat sedar untuk memperbetulkan kelemahan orang-orang melayu. Sebenarnya orang-orang melayu telah terlalu lama diperlakukan sebegini. Lihat saja semasa usaha-usaha meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa-kuasa Raja dan melenyapkan Imuniti Raja-Raja, tidakkah orang-orang melayu diseluruh negara ketika itu diminta memberikan sokongan padu dan berdiri teguh dibelakang Kerajaan UMNO untuk mencapai matlamat? Kemana menghilangnya orang-orang yang taat setia kepada Institusi Raja dimasa kritikal tersebut?

Kepada Prof - Prof kita pula mengapa mereka tidak sedar ada satu Demonstrasi diadakan oleh seramai 5000 orang Pelajar UITM dihadapan Bangunan SAAS Shah Alam diikuti dengan meregang Sepanduk dan Berteriak membantah M.B. Khalid kerana Cadangan beliau untuk membuka kota kepada pelajar lain diUITM. Mengapa diketika itu tidak ada terkeluar suara-suara untuk menyedarkan pelajar-pelajar kita yang mereka diberi peluang beserta dengan kemudahan dan keistimewaan untuk belajar supaya pada matlamatnya nasib bangsa dapat dibela bukan berdemonstrasi. Yang jelas perbuatan pelajar-pelajar tersebut tidakpun dibantah oleh pihak Universiti.

Apa yang disebutkan ini hanyalah beberapa contoh sahaja yang terang-terangan menjurus kepada kepentingan-kepentingan tertentu. Akhir sekali soalan mudah kepada para bijak pandai : Siapa sebenar yang telah awal-awal diperkuda?

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan