Anak potong ‘anu’ bapa


NEW YORK: Seorang wanita yang menghadapi tuduhan membunuh semalam berkata, dia mengkaji kes Lorena Bobbitt yang memotong kemaluan suaminya pada 1993 sebelum bertindak membalas dendam terhadap bapanya yang didakwa cuba mencabulnya ketika dia kecil.

Brigitte Harris (gambar), 29, memberitahu juri di mahkamah Queens di New York demikian ketika memberi keterangan dari kandang saksi dalam perbicaraannya.

Dia menolak dakwaan pendakwa raya bahawa dia berniat membunuh bapanya, Eric Goodridge, 55 pada Julai 2007 di apartmennya di daerah Rockaway.

Pendakwa raya berkata, Brigitte, bekas pengawal lapangan terbang, menggari bapanya pada kerusi dan kemudian memotong kemaluan Goodridge dengan pisau bedah yang dibelinya menerusi Internet.

Dia kemudian memasukkan kemaluan itu dalam ketuhar untuk memusnahkannya kerana tidak mahu doktor menyambung semula kemaluan itu seperti yang berlaku dalam kes John Bobbit.

Ketika disoal oleh peguam bela, Brigitte berkata, dia hanya mahu memotong kemaluan bapanya dengan tujuan membalas dendam, bukan untuk membunuhnya.

“Saya berbuat demikian kerana tahu dia tidak akan berubah,” kata wanita itu.

Brigitte berkata, dia bertindak begitu selepas mendapat tahu bapanya berhasrat membawa anak saudaranya pulang ke Liberia, negara asalnya tempat dia cuba dicabul bapanya sejak berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, beberapa anggota keluarganya berkata, tuduhan Brigitte terhadap bapanya hanya khayalannya saja dan mendakwa wanita itu menghidap sakit jiwa. - Agensi/hmetro.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan