Jangan siarkan rakaman pengebumian MJ - Randy Jackson

RANDY JACKSON bimbang jika rakaman pengebumian Michael Jacskon di Forest Lawn di siarkan ke seluruh dunia, sambil mengatakan majlis tersebut adalah majlis peribadi dan bukan untuk ditayangkan kepada umum.

Randy mengeluarkan satu kenyataan mengutuk tindakan sesetengah pihak yang melanggar arahan dengan menceroboh ke kawasan larangan di Forest Lawn semalam sambil meminta semua pihak media tidak meneruskan rakaman majlis pengebumian adiknya itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Randy:

"Sebagai sebuah keluarga, kami sentiasa mengambil berat akan Michael semasa dia hidup sehingga meninggal dunia, begitu juga dengan semua orang di seluruh dunia yang tersentuh dengan pemergiannya. Kerana itulah kami mengadakan majlis pengebumian ini ditempat awam kerana ingin menghormati adik saya.

"Dan kerana itu juag, kami membenarkan pihak media membuat sedikit rakaman mengenai majlis pengebumian di Forest Lawn ini.

"Tetapi semalam saya telah dikejutkan malah hari ini juga dimana rakaman majlis tersebut telah disiarkan di telvisyen. Kami telah meminta pihak media agar menghormati kesucian majlis serta peribadi keluarga kami dengan memberi kami satu detik peribadi untuk berkabung sebagai satu keluarga tanpa menjadi tumpuan oran ramai.

Malangnya, biarpun telah diletak tanda amaran 'kawasan larangan' si sekitar Forest Lawn, namun kebanyakan organisasi media melanggar arahan tersebut dan tidak mempedulikan permintaan kami. Mereka bukan sahaja menggunakan helikopter untuk membuat rakaman tersebut tetapi telah menganggu perjalanan majlis tersebut dengan bunyi yang bising.

"Oleh itu, pada hari ini saya meminta pihak media tidak menyiarkan rakaman majlis tersebut yang di ambil dari ruang udara bagi menghormati keluarga kami serta majlis pengebumian Michael Jackson."

-mstar.com.my-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan