Kenapa Tuan Din Terpaksa Jual Rumah Di Johor dan Berpindah Selepas Bersara?

berat66

Tuan Din (bukan nama sebenar) pegawai polis berpangkat tinggi bersal dari Johor dan terpaksa menjual kediaman tempat tanah tumpah darahnya untuk berpindah ke Alor Setar, Kedah. Ini adalah kerana Tuan Din tidak tahan tinggal bermasyarakat dengan komuniti yang pernah dianggapnya sebagai lawan semasa bertugas dahulu. Masyarakat menolak Tuan Din dan memulau beliau. Siapa tak sakit?

Sebut saja polis, FRU atau bekas tentera yang bermastautin dalam sesebuah komuniti, penolakan masyarakat setempat adalah secara otomatik terhadap mereka. Kenapa jadi begini? Kerana sepanjang hayat semasa perkhidmatan mereka, mereka sentiasa mengikut telunjuk tanpa membantah dan menjadikan masyarakat yang mereka lupa akan menjadi sebahagian kehidupan semasa pencen nanti sebagai musuh mereka.

Bukan tidak ada polis yang baik yang membantu masyarakat tau kumpulan alternatif tetapi jarang-jarang ada. Kebanyakan mereka yang sepatutnya bekawan dengan masyarakat tetapi menjadikan masyarakat senagai lawan mereka. Akibatnya, bukan sekadar Tuan Din, malah ramai lagi yang menerima hukuman sosial daripada masyarakat terhadap perbuatan mereka terdahulu.

Namun begitu, kebelakangan ini, suasana sudah mula berubah sedikit demi sedikit. Komuniti yang dulunya dianggap lawan kini berubah secara evolusi menerima mereka sebahagian daripada komuniti sebagai lawan yang baik. Kerana apa? Kebelakangan ini, mood memilih calon daripada kalangan polis dan tentera sudah mula berubah.

Ramai di kalangan polis dan tentera sudah mula membuka mata bukan kerana memikirkan hari pencen mereka, malah melihat sendiri gelagat kawan-kawan mereka yang jahat dalam kerajaan. Ramai dari kalangan polis dan askar sudah mula memberikan undi mereka kepada pembangkang yang menjadi sokongan rakyat. Ini terbukti semasa pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dahulu, banyak undi pos didapati memihak kepada calon pakatan rakyat.

Memang ketua-ketua mereka mengungut untuk mengenakan pelbagai tindakan namun, apabila sudah ramai yang melakukan sedemikian, masakan satu batelion nak ditukarkanya. Sehingga sekarang tentera yang mengundi kerana menunaikan hak mereka walau pun mengundi calon pakatan rakyat, mereka masih tetap berkhidmat dan keputusan mereka walau pun dibenci kawan-kawan mereka dnamun ianya amat dihormati oleh masyarakat.

Keputusan undi pos yang banyak memihak kepada calon pakatan rakyat mengembirakan rakyat dan perkara seumpama ini tidak mustahil akan berlaku kembali di Bagan Pinang. Anggota tentera dan polis sekarang sudah ramai yang sedar dan mula memikirkan masa depan Negara, rakyat dan juga masa depan mereka sendiri bila pencen nanti.

Berdasarkan perkembangan semasa, undi pos yang sepatutnya menjadi nadi talian hayat BN untuk mengharapkan kemenagan, sudah tentu akan berakhir sebagai talian tamat riwayat mereka. Kesedaran dan sikap mahu berbaik dengan komuniti amat dihargai dan sudah tentu penerimaan masyarakat terhadap polis dan tentera pencen akan berubah. Bukti jelas kerana besan Presiden Pas sendiri pun adalah Bekas Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan PDRM.

Sudah tentu ramai di kalangan polis, tentera mahu pun FRU tidak mahu mengulangi kesilapan sebagaimana yang dilakukan Tuan Din, kerana itu rakyat amat menghargai dan berharap undi pos daripada kalangan tentera di bagan Pinang nanti memihak kepada calon pakatan rakyat kerana kita adalah lawan yang baik. Syabas Perwiraku..
SHedisitimur
-utaraonline.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan