MIC Ketandusan Pemimpin Berwibawa /UBN Najib Altantuya

Kemenangan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu baru-baru ini menunjukkan parti perkauman itu ketandusan pemimpin yang berwibawa apabila Samy Vellu dan konco-konconya masih lagi memegang tampuk pimpinan utamanya.

Semalam, beberapa ahli MIC menyatakan rasa marah dan tidak puas hati pada Perhimpunan Agung MIC Ke-63 dengan kemenangan pasukan Samy Vellu dalam pemilihan dua hari lepas.

Menurut, Naib Presiden R Sivarasa mengatakan ketegangan yang berlaku membawa satu petanda yang kepimpinan utama parti tersebut tidak disenangi ramai. Beliau turut berpendapat masyarakat India sudah merasakan BN merupakan sebuah parti yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka.

"Bagi saya, masalah persepsi masyarakat India terhadap MIC ini berkait bukan sahaja dengan individu iaitu Datuk Seri Samy Vellu tetapi juga berkaitan dengan dasar BN.

“Saya tidak setuju dengan dia tetapi saya tidak kata dia 100 peratus salah juga. Sebenarnya, masyarakat India telah hilang kepercayaan dengan BN pada pilihanraya yang lepas Mac 08,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata masyarakat India sekarang telah melihat dan membuka mata yang BN ini tidak menguntungkan mereka lagi.

“Mereka melihat mereka dipinggirkan dan mereka tidak dihormati dan sebagainya. Suara mereka untuk menyuarakan pendapat mereka dibalas dengan keganasan. Apabila mereka turun di jalan raya, keganasan digunakan oleh polis contohnya dengan gas pemedih mata,’’ katanya.

Dengan kemenangan pasukan Samy Vellu, Sivarasa berkata jelas sekali MIC tidak mendengar hasrat masyarakat India supaya bekas Menteri Kerja Raya itu berundur dan kepimpinan parti perkauman itu diganti dengan pelapis baru.

Demikian itu, kata Sivarasa, perwakilan MIC secara tidak langsung merestui perilaku rasuah dan salahguna kuasa Samy Vellu.

“Datuk Samy Vellu juga adalah punca dan kepercayaan itu sebab beliau dilihat sebagai yang berasuah dan saya boleh bagi banyak contoh tetapi sekarang saya bagi dua contoh sahaja.

“Contoh pada tahun 90 an, BN sendiri memperuntukkan RM10 juta saham Telekom, Mic kepada MICA Holdings. Tetapi MICA Holdings akhirnya dapat sejuta dan RM9 juta hilang. Jadi dia bertanggungjawab.

“Contoh yang kedua, kawasan saya sendiri di Subang dekat sini ada Sekolah Tamil di mana pada masa ianya dimajukan, sekolah itu diperuntukkan 6 ekar seperti yang diperuntukkan oleh kementerian.
Tetapi kalau lihat sekolah itu sekarang, tinggal tiga ekar sahaja, jadi siapa yang mengambil tiga ekar lagi? Samy Vellu sendiri,” katanya.

“Jadi orang sebegini yang kononnya jaguh kepada masyarakat India mencuri tanah yang diperuntukkan untuk kepentingan sendiri. Itulah ini sebabnya masyarakat India telah hilang kepercayaan,” katanya.
-tvantara.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan