Harakahdaily | |
TAIPING, 17 Sept 09: Bukan sesuatu yang pelik dalam Pakatan Rakyat jika pemimpin bukan Islam boleh bersama dalam majlis orang Islam. Di saat pihak sebelah lagi tidak berhenti henti mengatur strategi memecah belahkan keutuhan pakatan, namun serangan demi serang itu nampaknya masih jauh dari mengena. Hasrat mereka melihat DAP dan PAS bertembung dan berpecah juga, nyata tidak kesampaian dengan beberapa perkembanagn mutakhir ini. Pakatan menggunakan keberkatan di bulan Ramadhan ini bagi mengeratkan silaturahim antara mereka. Segala majlis yang ada, dihadiri dan dirai secara bersama. Contohnya di Perak, beberapa pemimpin DAP, termasuk Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menjadikan majlis berbuka puasa bersama orang Islam antara rutin hariannya. Semalam mereka meraikan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Expo, di Kamunting. Tturut serta pada majlis itu ADUN Pokok Asam, Yee Sue Kai, ADUN Aulong, Yew Tian Hoe, beberapa orang dari wakil wanita DAP dan kelab penyokong PAS Taiping dibawah pimpinan pengerusinya Nali Raja. Kehadiran dikatakan luar biasa diterima lebih 500 orang dari pelbagai kaum menyertai majlis tersebut, Program bermula jam 6.30 petang bermula dengan ucapan aluan oleh Ketua PAS Cawangan Ustaz Manolito dan kemudian disusuli dengan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Fakharuddin Abd Aziz. Dalam ucapannya beliau menegaskan telah berlaku satu sejarah di Taiping ini di mana majlis berbuka orang Islam diraikan oleh orang bukan Islam. Katanya, ia sebagai petunjuk bahawa perpaduan cukup erat telah dibina sejak Pakatan Rakyat memerintah Perak. Nga Kor Meng dalam ucapannya pula berkata, beliau berasa cukup bertuah dan berterima kasih kepada PAS kerana memberi kerjasama yang baik menjemput beliau dan rombongan menghadiri majlis berbuka puasa ini. Katanya Ini menunjukan persefahaman antara Islam dan bukan Islam tercapai seperti pemerintahan di zaman kegemilangan Islam dahulu lagi. Pakatan Rakyat Perak katanya sudah lama mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama antara satu sama lain tidak mengira perbezaan bangsa dan agama. Ianya sanagat berbeza dengan amalan politik BN di mana UMNO, MCA, MIC masing-masing bercakaran antara satu sama lain membela kaum yang diwakili masing masing. Beliau juga turut mengumumkan akan menganjurkan majlis khatan beramai-ramai untuk kanak-kanak Islam bagi musim cuti sekolah yang akan datang. Berbesar hati dengan kehadiran beliau, PAS Kamunting telah menghadiahkan beliau sebuah terjemahan tafsir Al-quran. Nga Kor Meng pernah mencetus kontroversi dengan tindakannya pelat menyebut surah ayat al-Quran yang dibacanya pada ceramah sempenan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang April lalu. Namun kesalahan tersebut dianggap kecil dan ianya satu perkembangan positif kepada umat Islam, apabila orang bukan Islam cuba mempelajari Al-quran. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan