Pemimpin Dan Balaci Umno Kayo Rayo, Kau Rakyat Apo Ado??? / UBN Najib Altantuya

berat66
Betullah kata sesetengah orang tu, Umno sekarang ni semakin semput kerana sokongan yang tinggal sekentut. Umno yang dulunya dianggap sebagai parti tempat rakyat bergantung harap, kini menjadi parti musuh masyarakat.

Mana tidaknya, kalau Umno dulu kukuh kerana kerana aura ilmuan yang melimpah tetapi kini rapuh kerana hampir 98.09% isi dalaman Umno dipenuhi dengan kontraktor haprak dan keparat yang mementing perut sendiri dan membelakangkan rakyat.

Umno sekarang tak ubah macam pisang tanduk. Kulitnya lain, isinya lain. Besarnya ada, otaknya tiada. Cakap berdegar-degar nak perjuangkan Melayu dan Islam, buatnya tidak merosak dan menghinanya banyaklah. Orang Melayu beragama islam dilantik menerajui penjualan arak dan judi. Apa nak Jadi?

Busuk kohong baunya perjuangan Umno.

Kerana terlalu mementingkan perut sendiri, perjuangan hak dan ketuanan Melayu dilupakan, Islam dipersendakan, Agama Hindu dihina. Umno di seluruh malaysia dan tidak ketinggalan di Negeri Sembilan kian jelas terpinggir dan ketandusan pemimpin yang benar-benar layak untuk dipanggil pemimpin kerana sikap mereka yang meminggirkan rakyat.

Apa yang Umno ada sekarang? Yang ada sekarang ramai perompak. Pemimpin Umno sekarang kalau tidak disuap dan diusap, sampai mampus pun takkan buat apa-apa untuk rakyat. Yang ada dalam Umno sekarang bila PM mereka ajak bekerja bersama-sama saya dan mereka berkesudahan dengan mengerjakan PM saya tu. Itulah Umno sekarang, Petualang Melayu, Islam dan parti Perkauman yang tebal. Umno sekarang layak dipanggil "Umno Cap Ayam"

Cuba kita imbas kembali kenangan lalu irama penjuangan Umno era 80han dulu bersama carefree dan Black Dog Bone. Setiap Bahagian Umno di Negeri Sembilan melahir dan menyumbangkan ramai kepimpinan Asli Melayu yang berkelibar dan berstatus sangat wibawa. Rakyat Negeri Sembilan berbangga.

Masihkah kita ingat kepada Dr Ramli, Dr Nordin Selat, TS Abu Zahar, Nafsiah dan ramai lag? Siapa yang tidak tahu dan tidak kenal dengan mereka? Merekalah jauhari dan mereka menjadi Idola kebanggaan Malaysia dan mereka kelahiran Negeri Sembilan.

Tahukah siapa yang ada dalam di setiap Umno Bahagian Negeri Sembilan sekarang? Kerana apakah mereka dikenali? Sekarang hanya yang rakyat tahu dan sedang saksikan ialah bergeseran yang tidak berkesudahan antara Bekas MB dengan MB sekarang dan bakal MB yang akan datang. Pergaduhan yang sesetengahnya itu dirancang untuk mengenyangkan perut mereka.
Rakyat Apo Ado?

Lihat sahaja apa bagaimana pemimpin pelapis peringkat baru yang berwibawa seperti YB Khairy Jamaluddin, walau pun berjaya memenangi kerusi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia secara sah tanpa rasuah, diperkotak katekkan oleh kepimpinan sekarang dengan campur tangan Mantan tanpa mendapat apa-apa jawatan pun. Mukhriz dapat jadi Timbalan Menteri, Kau Khairi Ketuo pemudo, Apo Ado???

Cuba lihat perubahan apa yang terjadi pada Roslan Darus balaci Napsiah dulu? Semasa pilihanraya, sebatang bendera BN pun dia tak pikul macam rakyat lakukan kerana perjuangan, tapi beliau sebagaimana dimaklumkan Yus, dah kayo rayo dah..... Dahlah kayo, jadi dato pulak....
kau rakyat apo ado?

Kalau nak hidup lama dalam Umno, mestilah pandai kipas dan jilat baru boleh hidup lamo. Anak tempatan dilupakan, anak perantau balaciTuk Gani adik Mat Hasan seperti Rosli Nordin kontraktor kelas F yang buat-buat bodoh disusukan sehingga kayo rayo sekarang. Rakyat ado apo?

Takkan rakyat tak kenal dengan budak Aboi anak kerani estet Tuk Azman abang kepada Mat Hassan? One Seremban dok soksek soksek pasal dio dah jadi kayo rayo sebab dapat projek jalan Bukit Putus. Mereka semua adalah jutawan Tsunami kerana kroni yang mementingkan perut masing-masing dan
kau rakyat dapat apo?

Rakyat Negeri Sembilan khususnya di Bagan Pinang tidak buta dan membutakan diri terhadap apa yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

Marilah kita baik secara diam atau terang sepakat meninggalkan Umno dan menjadikan sebagai satu mimpi dan memori ngeri semalam yang terluka.

Kita nyanyikan lagu selamat tinggal Umno dari Taman Tasik Rasyidah Utama hingga ke lebuhraya KL Seremban. Di situ kita akan abadikan jasad pengkghianat bangsa negara di Pusara Lebuhraya.

Ucapakan Selamat tinggal kepada umno pencetus memori duka rakyat dan ucapkan salam kesejahteraan kepada pakatan rakyat untuk kita melakar Nostalgia Alaf Baru dalam suasana SIHAT Malaysia tanpa menyakiti sesiapa termasuk lembu.-sinarhairan
-utaraonline.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan