Perburuan Lailatulqadar semakin hebat di Kedah

ZULKIFLI YAHAYA
Ramadan sudah memasuki fasa terakhir. Rasulullah s.a.w. m
Go to fullsize imageemberitahu bahawa ia adalah fasa pembebasan dari api neraka. Kewajipan menjauhkan diri dari api neraka sangatlah penting kerana ia adalah isu survival jangka masa panjang.

Neraka adalah himpunan segala mala petaka dan kecelakaan. Ia berbilion kali ganda lebih buruk daripada H1N1, Aids, tsunami bahkan ledakan bom nuklear sekalipun. Sekalipun syurga neraka serta lain-lain perkara samiyyat tidak difokuskan oleh ramai pihak, namun ia juga adalah 'isu global'.

Orang benar-benar beriman sahaja yang prihatin mengenainya. Justeru, tiadalah konvensyen besar-besaran di peringkat dunia di kalangan negara umat Islam berbicara isu bagaimana menyelamat umat manusia dari azab api neraka selepas mati. Apa yang dibincangkan tak habis-habis ialah bagaimana menjaga survival ummah untuk hidup selamat dan selesa di atas dunia.

Semua tahu perihal Lailatulqadar, iaitu malam di mana Allah menggandakan ibadat seseorang bersamaan 1,000 bulan. Rasulullah s.a.w. menggerakkan ahli keluarganya untuk beribadat berqiyamullail) pada 10 malam terakhir. Ulama semacam bersepakat bahawa Lailatulqadar turun di sepuluh malam terakhir.

Di negara kita, tidak seperti di kebanyakan negara Arab, masjid 'menjadi siang' di sepuluh malam terakhir. Sejak lama, hanya beberapa masjid tertentu menganjurkan program memakmurkan sepuluh malam terakhir Ramadan.

PAS ada menganjurkan tetapi tidaklah menyeluruh. Tapi Alhamdulillah, di Kedah pada tahun ini, program mengimarahkan sepuluh malam terakhir Ramadan menjadi program penting di hampir setiap PAS kawasan. Mereka memilih masjid-masjid tertentu digilirkan bermula malam ke-21.

Setiap malam penglibatan wakil rakyat diwajibkan. Program qiyamulail dibimbing oleh Urusan Ulamak. Habis qiamulail orang ramai dihidangkan jamuan bersahur secara percuma. Berapa individu sangat yang mampu berqiyamullail bersendirian di rumah. Tetapi dengan melakukan secara berjamaah, masing-masing ada kekuatan untuk melaksanakannya. Masjid benar-benar di hidupkan di watu malam. Ia satu perkembangan yang sangat baik.

Mungkin tahun hadapan Dewan Ulamak boleh memikirkan bagaimana menjadikan seluruh masjid di negeri Kedah mengadakan program beribadat pada 10 malam terakhir. Tidak lagi masjid-masjid tertentu yang digilirkan, seperti yang dibuat sekarang.

Tiada siapa tahu malam turunnya Lailatulqadar. Dengan mengimarahkan 10 malam terakhir dengan amal ibadat, hampir pasti seseorang berjaya mendapatkannya. Ganjaran beribadat yang digandakan sehingga 1,000 bulan terlalu besar nilainya.

Bayangkan kalau kita menderma untuk perjuangan Islam RM10 pada malam itu maka sama seolah-olah kita menderma RM300,000. Berapa orang antara kita pernah infaq RM300 ribu untuk fisabilillah? Sebab itulah seluruh umat Islam perlu menganggap bahawa Lailatulqadar adalah perkara besar yang perlu diberi perhatian besar.

Jika projek besar seperti NCER atau Sulihh diberi tumpuan dan perhatian istimewa kerana mampu menjana pendapatan yang besar, maka program menghidupkan Ramadan, 10 malam terakhir dan Lailatulqadar mestilah juga diberi tumpuan yang tidak kurang hebatnya.

Dari aspek tarbiyah dan membina kekuatan dalaman perjuangan, program seperti ini sangatlah penting. Berjuang dalam jamaah Islam berbeza dengan perjuangan golongan sekular. Tiada imbuhan duniawi, sebaliknya banyak berkorban.

Ia berbeza dengan berjuang dalam parti sekular Umno, boleh sapu kiri kanan. Oleh kerana dalam PAS menuntut pengorbanan, maka 'kekuatan dalaman' sangat perlu. Alang-alang tiada kekuatan seorang aktivis boleh tinggalkan perjuangan begitu sahaja.

Kekuatan dalaman ini boleh dikuatkan melalui tarbiyah kerohanian. Antara penjana kekuatannya ialah program-program qiyamullail seperti ini. Ibadat khusus serta amalan kerohanian seperti ini, banyak membantu datangnya pertolongan Allah.

Penganalisis politik sekular menghuraikan pelbagai sebab mengapa Tok Guru Nik Aziz dan PAS mampu pertahankan Kelantan selama hampir 20 tahun. Tapi perkara yang mereka tidak sentuh dan tidak nampak ialah kekuatan kerohanian tok guru yang menjadikan qiyamulail amalan 'wajib' harian beliau. Puluhan ribu rakyat Kelantan boleh bermunajat dari dinihari hingga ke Subuh di stadium. Ini kekuatan yang tidak ada pada musuh.

Sewaktu Almarhum Dato' Fadzil Noor menjadi Presiden, terdapat teguran di kalangan ahli-ahli yang komited bahawa ada ahli yang tidak menyempurnakan ibadat-ibadat asas. Lantas Almarhum dalam ucapan dasarnya memetik sirah para sahabat yang asyik berperang tetapi tidak menang-menang. Mereka menang apabila bersugi, ibadah sunnah Rasulullah yang ditinggalkan akibat terlalai mungkin kerana sibuk berperang.

Politik adalah cabang Islam. Tapi terlalu menumpu politik pun boleh melalaikan kita dari mencari kekuatan tersembunyi yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

Jadikanlah Ramadan sebagai sebahagian dari aspek politik kita iaitu mencari kekuatan dalam perjuangan serta membuka peluang terhadap kesejahteraan rakyat yang beriman di negeri yang tiada penghujungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan