Samy, taroh gear P saja / UBN Najib Altantuya

Afrar Yunus

Ibarat kereta auto, nak boh gear D kena jalan ke hadapan. Siapa pun tak mahu dia ke hadapan dan tidak ada orang yang hendak menumpang dia lagi kecuali perwakilan MIC yang buta sejarah tu. Perwakilan MIC yang mengundi baru-baru ini seperti mencurah minyak ke dalam api. Melawan arus. 'Mahu angkat' Samy sebagai ketua sampai dia mati.

Jika Samy mahu letak gear R bermakna kena gostan – berundurlah. Berundur bermakna masih jalan dalam parti. Boleh kacau - kaki di atas kepala di bawah.

Jadi, yang sesuai adalah taroh gear P. Letak sahaja diri di mana-mana tanpa bergerak. Kakukannya. Senang Pihak Berkuasa Tempatan, JPJ, Polis atau ahli keluarga termasuk ahli parti nak tentukan mana nak letak, semadi atau campakkan.

Berbuih mulut aku cakap fasal Samy The Kluang Man ini. Tapi bila Tun Mahathir ‘kasi taroh’ sama dia, maka terbukalah mulut orang-orang MIC sendiri.

Baca apa kata Devamany di Utusan.

Naib Presiden MIC, Datuk S.K Devamany berkata, Samy Vellu perlu meletak jawatan kerana beliau menjadi liabiliti kepada MIC dan juga Barisan Nasional (BN) selepas hilang kepercayaan daripada sebahagian besar masyarakat India.

Nah! Padan muka Samy.

Sementara itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk V.K.K Teagarajan menyokong kenyataan Dr. Mahathir yang mahu Samy Vellu meletak jawatan dalam MIC.

Lagi cerita Samy di UM.

Palanivel mahu Samy menyusukannya sampai ke jawatan Presiden MIC. Aiyo yo Palani.

Palanivel pun boleh ikut Samy taroh gear P juga. Perwakilan yang mahu Samy dalam MIC sampai mati, boleh ikut Samy dan Palanivel taroh gear P.

MIC kasi S Subramaniam mantan Timbalan Presiden taroh gear D.

Apa macam Samy? Mau turun banyak susah. Tuntu (tentu) ada sakit mana-mana!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan