UBN Najib Altantuya: Amaran Najib Kepada Rosol

Ibrahim Baba

"Jangan cabar saya macam Ibrahim Fikri cabar ayah saya dulu" begitulah lebih kurang bunyinya kata-kata Najib Tun Razak kepada Rosol Wahid ketika Rosol membawa suara tidak senang hati kem Derih Jusoh terhadap MB Ahmad Said kepada PM beberapa bulan lalu.

Tidaklah IB ingin ketengah sangat apa yang IB dengar dua bulan lalu kerana, tidak pasti kesahihannya. Kedua tidak pula dapat IB sahkan apa yang sebenarnya dikatakan oleh bekas Menteri Besar Terengganu Ibrahim Fikri kepada Tun Razak dulu (betul ke pernah ada perjumpaan seperti itu?). Pernah IB bertanya dengan beberapa orang yang pernah rapat dengan arwah Ibrahim untuk pengesahan – tidak pula dapat IB pastikan bahawa pernah berlaku Ibrahim Fikri mencabar Tun Razak. Maka IB tidak mahu teruskan khabar berita tersebut.

Namun dengan melihat kemelut di Terengganu sem akin parah dan sukar untuk nampak arah penyelesaiannya walaupun dua pimpinan kanan pusat datang pun lebih separuh dari pimpinan negeri UMNO masih berkeras untuk boikot – sememangnya kalau benar ada sesi “cabar-mencabar” Rosol dengan Najib tu – mungkin adalah kebenarannya sedikit sebanyak kot.

Sepertimana yang IB pernah sebut dahulu – negeri Terengganu semenjak ianya negeri miskin sehingga ianya menjadi kaya raya dengan hasil mahsul minyaknya, rakyatnya tetap tersisih akibat perebutan kuasa para pemimpin UMNO. Di zaman pemerintahan yang begitu lama Wan Mokhtar – saingan kerap dilihat datang dari Utara juga (Yusof Nor).

Sekarang pun di bawah pimpinan dari Kemaman – saingannya pun dari daerah Besut juga. Yang merana dan terabai ialah rakyat jelata. Yang mengaut keuntungan ialah di kalangan pimpinan. Sepanjang BN memerintah negeri Terengganu (walaupun kaya dengan hasil minyaknya) Terengganu kekal terperosok di tangga terakhir di kalangan negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan BN.

Kalaulah cabaran Rosol dapat meletakkan Terengganu di atas semua negeri-negeri lain selari dengan pendapatan yang tinggi dari hasil minyak – berbaloilah. Mungkin Rosol boleh dapat satu sokongan dari IB.

Sekian, IB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan