UBN Najib Altantuya: Baby For Sale !

Zulkifli Bin Noordin

Saya s[BABY.jpg]angat terkejut membaca lapuran dalam sebuah akhbar semalam yang melapurkan tentang kegiatan beberapa gadis Melayu yang besedia menjual "tubuhbadan" mereka untuk mendapat dan mengecapi kehidupan mewah.

Apa yang mengejutkan kebanyakan mereka berusia antara 16-18 tahun dan masih bersekolah. Modus operandi mereka ialah dengan memikat golongan yang dilihat mewah dan berpendapatan tinggi dengan meleseri beberapa pusat hiburan dan lain-lain.

Sambil berpakaian seksi, mereka akan memikat atau pun akan dipikat oleh golongan ini. Setelah pancing mengena, mereka tanpa segan silu rela dibelai dan dan di "anukan" oleh puak-puak durjana ini, janji "Baby-Baby" ini mendapat imbuhan yang lumayan.

Ada yang terus dibela oleh "sugar-daddy" durjana ini, malahan ada yang tanpa segan silu mengaku dibela oleh 15-20 "sugar-daddy". Imbuhan yang diperolehi sangat lumayan, ada yang sekali "screw" dibayar sampai RM1,500-00!

Saya sendiri pernah menerima aduan daripada sahabat-sahabat di IPTA dan IPTS yang mengadu ramai pelajar-pelajar perempuan Melayu hari ini yang sanggup di "bela" oleh para "sugar-daddy" durjana ini hanya untuk hidup mewah, dan juga untuk menampung kos pembelajaran mereka.

Dizaman dimana pencapaian matereliastik menjadi "Tuhan" baru bagi generasi muda, apa yang mereka kejar hanyalah kehidupan mewah, ingin memiliki handphone yang canggih dan "up-to-date", bermobil sekurang-kurangnya Staria GTi atau Suzuki Swift, berpakaian jenama mahal dan minum sembang di Starbuck dan lain-lain kafe yang boleh merobek poket si penoreh dan drebar teksi.

Apa nak jadi dengan generasi Melayu hari ini. Dimana silapnya maka kita melihat keruntuhan akhlak yang melampau dikalangan masyarakat kita.

Saya teringat pesan Hujjatul Islam Imam Ghazali yang pernah menyatakan, "generasi muda hari ini adalah cermin masadepan sesuatu bangsa akan datang. Jika kamu mahu melihat nasib masa hadapan sesuatu bangsa akan datang, lihatlah kepada generasi mudanya hari ini". Kalau ini yang menjadi ukuran kepada nasib masa depan bangsa Melayu, saya gerun melihat gelagat dan akhlak generasi cyber kita yang ada pada hari ini! Apakah kita sedang memupuskan bangsa kita sendiri? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing!

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Ahad

16 Ramadhan 1430 / 06 Sept 2009

*Gambar salah seorang gadis yang dikenali sebagai Baby yang disiarkan oleh akhbar tersebut!

http://zul4kulim.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan