UBN Najib Altantuya: Enam Di Dakwa Di Bawah Akta Hasutan

Enam di dakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mencetuskan ketegangan kaum dengan mengheret dan memijak kepala seekor lembu di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, 28 Ogos lalu.

Enam individu terbabit adalah sebahagian dari kumpulan pelampau yang menunjuk perasaan terhadap keputusan kerajaan negeri memindah sebuah kuil berusia 150 tahun dari Seskyen 19 Alam ke kawasan perumahan mereka di Seksyen 23.

Ibrahim Sabri, 42, Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf 36, Eyzva Ezhar Ramly, 35, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 39 dan Mohd Hilmi Ni, 40, di dakwa di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ibrahim dan Mahayuddin di dakwa kerana memijak kepala lembu, Eyzva di dakwa kerana membawa kepala lembu ke lokasi kejadian, manakala Azmir, Suhairy dan Hilmi didakwa kerana membawa dan memijak kepala lembu.

Keenam-enam individu terbabit di hadapan Hakim Haslin Hassan minta di bicarakan. Ikat jamin ditetapkan pada RM4,000 ringgit seorang. Mereka menghadapi hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes ini ditetapkan untuk didengar pada 21 Oktober hadapan.

Kemudian, enam individu ini dan enam individu lain didakwa kerana berhimpun secara haram di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis di Mahkamah Majistret Shah Alam.

12 individu ini di hadapan Majistret Norkamilah Aziz minta di bicarakan. Kes ini juga ditetapkan pada 21 Oktober.
-tvantara.com-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan