UBN Najib Altantuya: Gejala Sosial

Tukya
Ada pendapat mengatakan minum air daun ketum, bagus.

1.Adakah minuman air daun ketum merupakan satu masalah sosial atau ia mendatangkan mudarat yang melampau? Apa pun tanggapan umum sekarang, penyalahgunaan daun ketum sama seperti dadah. Bagi sesetengah pengamal, minum dan ketagihan dianggap bukan sebagai satu masalah, tetapi ia tetap mendatangkan masalah terutama kesan sampingan.

Bukan menafikan negeri lain tidak ada penanaman pokok ketum ini, tetapi wartawan Utusan Pengguna telah meninjau di sekitar negeri Perlis. Ternyata pokok ketum ditanam dengan bebas dan meminumnya mempunyai tempat-tempat (gerai) tertentu, seumpama kelab khas. Malah pokok ketum yang ditanam seperti jajaran pokok-pokok mempelam ini, dijadikan pula pusat perubatan tradisional.

Gejala sosial bukan sahaja berhadapan dengan sikap dan gaya meniru dan membazir tetapi juga tidak beretika dengan kebersihan. Golongan ini tidak mengenali tempat sampah dan kitar semula.

Siapa yang boleh membetuli mereka jika bukan sistem pendidikan yang telus, luhur dan mempunyai pendekatan agama.

-Dapatkan utusan Pengguna keluaran Sep/Okt. 2009

Di antara remaja yang mabuk arak.

2.Central Square di Sungai Petani merupakan pusat membeli-belah tetapi juga tempat pertemuan dan golongan remaja melepak. Bagi golongan remaja yang tidak mempunyai dunia khusus (seperti remaja perempuan yang lari dari rumah) pusat membeli-belah merupakan dunia dan rumah yang menjadi tempat berteduh waktu siang.

Di sana sejuk. Di sana tidak sunyi. Di sana boleh menemui kawan dan lawan. Di sana juga ada makan percuma dari pemancing mangsa.

Gadis N, berusia 15 tahun (bukan nama sebenar) ditemui oleh sukarelawan LANDAS. Dia yang berhari-hari dalam intipan sukarelawan, sering mundar-mandir sebaik-baik sahaja Central Square dibuka. Dia tidak peduli pakaian yang compang-camping. Dia tidak peduli rambut dan wajahnya. Yang penting dia dalam keadaan bebas.

“Untuk apa saya balik ke rumah. Adik-adik ramai. Bapa main judi. Emak tak peduli. Bapa dan emak selalu bergaduh dan tak pedulikan kami,” kata N yang berasal dari Baling.
“Minum?”
“Saya tak beli. Kawan bagi kalau lebih.”
“Minum di mana kalau macam ni?”
“Atas apartmen sana. Tidur pun di sana.”
“Berani?”
“Apa nak takut. Kawan ramai. Mereka baik.”

-Cerita lanjut, dapatkan Utusan Pengguna keluaran Sep/Okt 2009
aziziabdullah
-tkodaily.net-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan