Kerajaan Selangor mengenal pasti satu lagi tapak baru kuil, juga di Seksyen 23 Shah Alam, setelah tapak sebelumnya menerima bantahan keras sekumpulan penduduk. Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari turut meninjau beberapa kawasan dalam usaha menyelesaikan perpindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke lokasi yang lebih sesuai. Khalid berkata, Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak cadangan baru ini. Katanya, Kerajaan negeri prihatin untuk mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat untuk memastikan satu penyelesaian terbaik dapat dicapai," kenyataan pejabat Abdul Khalid dipetik. Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tapak ini akan di diusulkan kepada AJK kuil tertelebih dahulu dan pihak kilang yang berhampiran abgi memastikan persetujuan semua pihak. “Tapak ini akan dikemukakan tapi belum di finalize lagi kita perlukan persetujuan dari ajk kuil, kiranya dapat persetujuan ajk kuil, kita akan bentang kepada exco untuk dapat persetujuan Kerajaan Negeri dan bila itu telah diperolehi kita akan buat public hearing,” “ini langkah yang terakhir jika semua pihak sudah bersetuju, kalau orang tak bersetuju pada tapak itu kita nak jumapa publik nak buat apa,” katanya. Khalid berkata, perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin agar ketegangan penduduk di Seksyen 19 dapat diatasi. Beliau turut menyeru masyarakat agar bersikap toleransi dalam menghormati dan mengiktiraf hak golongan minoriti sebagai satu proses pendidikan politik kepada masyarakt umum. Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata perkara ini perlu diselesaikan segera agar pihak luar tidak lagi mengembar-gemburkan cerita dan masyarakat di situ berada dalam keadaan aman semula. “Hari ini merupakan lawatan ke tapak tersebut insyaalah sebagai wakil rakyat disitu saya ingin melihat suasana ataupun kalaulah ketegangan itu wujud dikalangan penduduk, saya harap isu yang ada ini telah dapat difahami dengan baik, sebenarnya tidak patut menimbulkan ketegangan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Tvselangor ketika lawatan menteri besar di tapak baru kuil di Seksyen 23, Shah Alam, pagi tadi. Tinjauan itu turut disertai oleh exco kerajaan negeri dan juga ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad. Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar juga hadir pada tinjauan tersebut yang melibatkan seksyen-seksyen 18, 19, 20 dan 23 Shah Alam. -tvantara.com- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan