UBN Najib Altantuya: Mahkamah tolak permohonan ketepi saksi

Harakahdaily
PETALING JAYA, 10 Sept: Mahkamah Tinggi Petaling Jaya menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak keputusan koroner inkues kematian Teoh Beng Hock berhubung kebenaran memanggil saksi bagi mendedahkan dakwaan penderaan pegawai suruhanjaya itu.

"Tidak ada apa-apa yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar pada perintah koroner membenarkan saksi ke-20 memberikan keterangannya," kata hakim Yeoh Wee Siam.

Hakim juga menolak permohonan peguam SPRM yang ingin mendapatkan perintah menangguhkan inkues sementara menunggu rayuan terhadap semakan itu di Mahkamah Rayuan.

Inkues terhadap kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor itu akan bersambung jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Permohonan untuk menyemak keputusan ini dibuat oleh Peguam SPRM, peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Ini ekoran bantahan beliau terhadap tindakan peguam keluarga Teoh Beng Hock yang ingin membawa seorang saksi, yang berdakwa didera oleh SPRM di Plaza Masalam, tempat terletaknya pejabat SPRM Selangor.

Koroner Azmil Muntapha Abbas telah memutuskan, laporan itu relevan kerana ia berlaku di tempat yang sama (tingkat 14, Plaza Masalam) dan mungkin melibatkan orang yang sama.

"Butiran dalam laporan itu relevan dengan fakta inkues ini," katanya ketika membenarkan saksi itu memberikan keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.

ImageSemalam, Gobind telah membawa saksi itu ke Inkues itu.

Saksi itu, Sivanesan Tanggavelu, 22, mendakwa dia didera ketika disiasat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam dekat sini.

Antaranya, dia dibogelkan dan beberapa lelaki menyerangnya. Dia telah di hentam dengan batang besi, ditumbuk, disepak, ditampar dan tapak kaki dan alat kelamin telah dirotan, sehingga beliau terkencing dan terberak kesakitan.

Saksi yang dibawa ke Mahkamah Shah Alam itu telah menceritakan bagaimana dia telah digari dan dibawa ke bilik gelap dimana dia melihat seorang seorang lelaki yang tinggi yang memakai cermin mata, telah membalut satu batang besi dengan suratkhabar lama sebelum memukulnya.

Bekas penolong pengurus satu syarikat berpangkalan di Kuantan, menceritakan bagaimana di telah didatangi tiga orang lelaki yang mengaku sebagai pegawai pencegah rasuah dirumahnya pada 4 September tahun lalu, meminta bantuannya dalam satu siasatan.

Bagaimana pun ketika mengikuti mereka ke pejabat SPRM tingkat 14 Plaza Masalam di sini, beliau telah diminta menandatangani satu dokumen 'pengakuan bersalah'.

Apabila beliau enggan, salah seorang daripada mereka, yang dikenali sebagai �Mohan�, memberitahunya dalam bahasa Tamil: �Jika kamu tidak bercakap benar, tempat ini akan jadi neraka.�

ImageSavanesan telah diperkenalkan sebagai saksi baru kepada inkues kematian misteris Teoh Beng Hock pada Julai 16 lalu, selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM buat laporan polis

Sementara itu, Lima pegawai SPRM, termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Pengarah SPRM Selangor Jaafar Mahad memberitahu para wartawan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah bahawa kelima-lima pegawainya itu membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang tadi bagi menafikan para pegawainya menggunakan kekerasan semasa menyoal siasat suspek.

"Kita menafikan kita ada mendera suspek, kenyataan yang dibuat di dalam inkues adalah berniat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi SPRM," katanya yang mengiringi para pegawainya membuat laporan polis itu bagi memberikan sokongan moral.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan