UBN Najib Altantuya: Negara makin 'hancus'

Chegubard

 Hari ini diumumkan kontrak Musa Hassan dilanjutkan kontrak setahun lagi. Musa dikatakan naik menjadi ketua polis sebagai membalas jasanya memalsukan bukti dalam kes membabitkan Anwar Ibrahim.

Bukan sedikit bantahan awam yang membantah kontrak Musa disambung namun semua ini diketepikan kerana jasa Musa membenarkan PDRM menjadi kelda 'melindungi' regim dan pemimpin Bn.

Bukan sahaja dalam kes DSAI yang membabitkan Musa dengan imej 'kotor' tetapi terdapat koleksi akuan bersumpah orang awam termasuk pegawai PDRM yang mengaitkan Musa dengan kegiatan kongsi gelap.
Namun semua itu diketepikan oleh Najib yang terus mencadangkan kepada YDP Agong untuk melanjutkan tempoh kuasa Musa. Maka makin hancurlah negara ini.

Dalam perkembangan lain pula Malaysia akan lebih hancus apabila mempunya Menteri bertaraf H1N1 (Hishamuddin1 dan Najib1). Beberapa hari lalu Malaysia digemparkan dengan aksi tak sampai 50 orang (tetapi media gambarkan macam ia aksi sebesar ribuan orang). Aksi yang didalangi oleh orang Umno ini kononya membantah pembinaan kuil Hindu. Malangnya aksi yang didalangi oleh orang Umno ini telah bertindak melampau dengan membawa kepala lembu, memijak dan meludah kepala lembu tersebut.

antara pemimpin pemuda Umno yang disahkan terlibat mendalangi


Perancangan Umno ini ialah untuk membangkitkan kekecohan, mereka yang rata - rata bukan orang tempat tersebut cuba memancing sentimen agama orang India/ Hindu dengan menghina lambang suci kaum India iaitu lembu. Aksi terancang ini didalangi oleh Umno, Hishamuddin dan Polis sendiri.

Sehingga kini semua gambar yang terlibat sudah dikenal pasti tiada yang ditahan....malah Hishamuddin telah menyalahgunakan kuasa selaku menteri dalam negeri dengan mengadakan pertemuan dengan orang yang mengarak kepala lembu di IPD Shah Alam sebentar tadi.

Mungkin yang dibincangkan ialah 'kenapa mereka gagal dengan plan mereka....'


apa plan mereka ?

plan mereka ialah rusuhan kaum yang akan mengakibatkan campur tangan kerajaan pusat dan rampasan kuasa akan terhasil di Selangor....

Konsep 1 MaLAYSIA ialah satu konsep atau slogan retorik yang ditiru dari 1 Israel yang cukup pembohong....dalam pada masa yang sama Umno terus memainkan sentimen perkauman yang melampau...tengok gambar dibawah bagaimana Umno menaja aksi yang kononya membela Islam yang akhirnya memberikan gambaran buruk terhadap Islam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan