Bekas Profesor, Kuala Lumpur. | |
Saya ingin mencadangkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat, supaya mulai kini segala kebobrokan, kepincangan, penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan politik kotor yang dilakukan oleh Umno-BN 'dipakejkan' dalam bentuk naskah bercetak,CD dan online. Ini bagi memudahkan maklumat dapat disebarkan segera kepada rakyat. Untuk makluman, kemenangan PRU-12 oleh Pakatan Rakyat banyak digerakkan oleh gerakan sedemikian. Oleh itu demi kesinambungan dan kejayaan lebih cemerlang dalam PRU-13 maka amat wajar usaha sebegini diteruskan. Di samping itu, apabila segala maklumat telah 'dipakejkan', maka mudah untuk semua pihak menjadikannya rujukan. Selain itu, pimpinan Pakatan Rakyat boleh membuat Perarakan memorandum Rakyat kepada pihak YDP Agong dan Sultan-sultan secara serentak di setiap negeri untuk menuntuk agar institusi Raja-raja memainkan peranan agar negara tidak binasa di tangan Umno-BN. -harakahdaily.net- |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan